Siapa Richard Malanjum, ketua hakim negara yang baru dilantik pemerintah hari ini

#KERAjaanTomato #IslamTerpinggirDiBawahPH

1) Pada tahun 2007, dalam kes permohonan Lina Joy untuk menukar agama dari islam ke kristian, tiga hakim yang terlibat dalam proses kehakiman kes tersebut.

Dua hakim (orang islam) tidak bersetuju untuk membenarkan Lina Joy murtad, manakala seorang hakim iaitu Richard Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar islam.

Keputusan kes ini menjadikan amalan murtad di negara ini tertutup dari sudut sistem dan perundangan.

2) Pada tahun 2015, kes rayuan penggunaan kalimah ALLAH utk merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald telah ditolak oleh keputusan majoriti hakim (4 berbalas 3)

Salah seorang daripada tiga orang hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah ALLAH merujuk kepada Jesus adalah Richard Malanjum.

Ini adalah satu langkah bagaimana sistem kehakiman boleh menutup ruang untuk berlaku mudarat besar kepada agama.

3) Pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang-undang.

Antara hakim yang undi membatalkan penukaran agama tersebut adalah Richard Malanjum.

4) Kehakiman ini hakikatnya terletak pada hati para hakim. Bukan semata-mata teks dan fakta. Kerana hati yang ada pada hakim yang menafsir teks dan fakta.

Hakim yang diyakini keislamannya, hatinya akan cenderung kepada islam. Hakim yang beriktikad dengan iktikad agama lain atau sekular akan cenderung kepada agama dan iktikadnya.

5) Teringat akan tulisan seorang pendakwah haraki terkenal, Muhammad Ahmad Ar-rasyid yang berkata tentang bagaimana sesebuah keruntuhan tamadun berlaku walaupun sesebuah negara itu telah maju. Sebuah soalan ditanyakan kepada Umar Al-Khattab:

“Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia kelihatan makmur maju?”

Beliau menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.”

Inilah sebabnya keruntuhan negara dan inilah penyakit pembunuhnya.

Penguasaan si zalim ke atas golongan yang baik adalah sebab kepada segala kelam kabut dan rosaknya dunia.

Apabila si zalim atau fasik berkuasa, mereka akan melantik orang yang jahat dan fasik seperti mereka juga untuk mengurus apa-apa urusan. Mana-mana si fasiq tak dapat tidak adalah tawanan nafsu dan dah tertutup hatinya. Mereka hidup lalai dan tidak berfikir pun untuk kebaikan bangsa dan negara mereka.

Mereka juga bekerja untuk kepentingan peribadi mereka. Bertindak zalim, menindas dan menyeleweng. Banyak tenaga dan kemampuan kemanusiaan dipersia-siakan. Orang yang benar-benar layak dan berpotensi terpaksa bersembunyi mencari perlindungan kehormatan dan jasad mereka dari dicerobohi dan diseksa.

Maka tinggallah urusan pentadbiran umat Islam dipegang oleh mereka yang jahil dan berkepentingan. Hasilnya tersebarlah gejala keruntuhan masyarakat yang akhirnya membawa kemusnahan ekonomi dan ketamadunan ilmu.

Masih ada yang kata tidak perlu risau?

21
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Sallehin Hin
Guest

Silap orang melayu yg pilih, Undi PH. JANGAN jadi MALAYSIA seperti MALAKA yg tergadai olih Tun ALi kerana nak Kuasa serta menjatuhkan SULTAN MELAKA. Apa… Read more »

Mashitah Mohd Mokhtar
Guest

X patut Di pilih….

Kublai Khan
Guest

Tahniah la wehhh

Noor Yusof
Guest

Rule of law

Jasni Jaafar
Guest

Madey lebih percaya dgn orng2 macam nie..dulu dia juga kata ..dia tak percaya lagi dgn orng berimej agama ..sprti apa yg tlh berlaku terhadap Anwar… Read more »

Mawar Jingga
Guest

Semoga ank2 org islam dijauhi dari segala aktiviti murtad

Elizawaty Junaidi
Guest

Masyarakat kena ambik tau situasi kerajaan la ni.byk yg merugikan umat islam.. Dah terang2 kristen x suka islam. Kenapa lantik agama kristen dlm kehakiman.. Mereka… Read more »

Tjb Tumijan
Guest

Macai ph suke

Mohd Yunus
Guest

Yg mana d lntik tu semua geng depa. Yg heran tu pengikut bwh pun seronok. X kan bwh pun liberal. Tngk bertudung labuh ngan pak… Read more »

UB Sahumin
Guest

Sda kalah baru bising…
Kenapa tidak jaga amanah rakyat ketika kuasa berada di tangan…!!?