Doktor di Thailand dakwa ubat selesema, AIDS penawar #coronavirus baru - pakdin.my

THAILAND: Dua orang doktor di Thailand mendakwa ubat selesema dan AIDS dapat menyembuhkan pesakit coronavirus baru 2019-nCoV.

Pakar tersebut ialah Dr Kriangsak Atipornwanich dan Prof Dr Subsai Kongsangdao, masing-masing dari Hospital Rajavithi.

Menukil laporan Bangkok Post, dapatan itu diperoleh selepas mereka menggunakan dua jenis ubat berkenaan kepada seorang pesakit wanita warga emas dari China yang mempunyai simptom coronavirus baru.

Menurut kedua-dua doktor itu, wanita berusia 71 tahun ia menunjukkan tanda-tanda pulih selepas mengambil dua jenis ubat itu dalam tempoh 48 jam.

Mereka menyatakan demikian dalam satu taklimat di Bangkok pada Ahad (2 Feb).

Warga emas berkenaan pada mulanya dimasukkan ke Hospital Hua Hin dan kemudiannya dipindahkan ke Hospital Rajavithi pada 29 Januari lalu.

Selepas mendapati pesakit itu mempunyai simptom coronavirus baru, kedua-dua doktor itu mengambil keputusan menggunakan oseltamivir iaitu sejenis ubat selesema yang digunakan untuk merawat Sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS) serta lopinavir dan ritonavir iaitu dua jenis ubat AIDS.

Dr Kriangsak juga sedia maklum bahawa beliau sedar pesakit itu sudah diberi ubat AIDS bagi merawat coronavirus baru.

“Kami sudah memeriksa maklumat berkaitan dan menemui bahawa MERS pernah dirawat dengan berkesan menggunakan ubat anti-selesema, jadi kami menggabungkan kedua-dua ubat itu untuk hasil yang efektif.

“Selepas melakukan ujian makmal selama 10 hari, ujian berkenaan menunjukkan tanda-tanda positif selepas 48 jam ubat itu diberikan di bawah pengawasan.

“Rawatan itu juga menunjukkan penyembuhan yang cepat,” katanya.

Dr Kriangsak mengatakan mereka melaporkan penemuan itu kepada jurnal perubatan dan akan menggunakan ubat-ubatan itu untuk merawat pesakit-pesakit lain.

– Agensi berita/HA/ha

UTAMADUNIADoktor di Thailand dakwa ubat selesema, AIDS penawar #coronavirus baru

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium