Anwar puas hati penjelasan Dr Mahathir - pakdin.my

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berhubung kecelaruan politik tanah air yang berlaku ketika ini.

Ditemui media di pekarangan ibu pejabat PKR di sini sebentar tadi, Anwar berkata, perjumpaan beliau dan Dr Mahathir pagi tadi berjalan dengan baik.

“Baru (pulang) dari rumah Dr Mahathir. Bincang beberapa perkara. Saya puas hati dengan pendirian dia bahawa prinsip harus kita utamakan. Agenda reform harus diteruskan,” katanya.

Hadir mengiringi beliau, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata, semua pihak tidak seharusnya tunduk dengan gerombolan kecil pemimpin yang mahu mengkhianati amanah rakyat pada pilihan raya lalu.

“Itu yang saya boleh sebut setakat ini. Mesyuarat (perjumpaan) yang sangat baik.

“Saya terkesan dengan sikap dan pendirian beliau tentang perubahan dilakukan, tidak tunduk kepada gerombolan yang mahu merampas kuasa tanpa menetap agenda perubahan,” katanya.

Anwar kini sedang mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR, di ibu pejabat parti itu di sini.

UTAMAPOLITIKAnwar puas hati penjelasan Dr Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium