back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    šŸ“‚

    šŸ‘³ā€ā™€ļø Pak Din @ pakdin.my

    Melaka bergolak lagi?

    Orang UMNO tersebut telah menghubungi pemimpin PH secara tidak rasmi, menyatakan hasrat berundur daripada Perikatan Nasional (PN).

    ………………..

    Melaka yang baru sahaja menyaksikan pertukaran kerajaan negeri mungkin mengalami perubahan sekali lagi.

    China Press melaporkan, pertelingkahan dalaman UMNO yang bertambah keruh menyebabkan tiga Exco dari parti itu berniat bertukar haluan.

    Sumber memberitahu, orang UMNO tersebut telah menghubungi pemimpin PH secara tidak rasmi, menyatakan hasrat berundur daripada Perikatan Nasional (PN).

    Selain itu, ada juga daripada kalangan empat bekas wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) yang bertukar haluan ke PN sebelum iniĀ  menyimpan hasrat bertukar buat kali kedua.

    Empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH yang menyebabkan kerajaan PH Melaka tumbang ialah Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen (Paya Rumput), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas), Datuk Muhammad Jailani Khamis (Rembia) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

    Walau bagaimanapun, mereka yang mahu meninggalkan kapal PN tidak menyatakan keinginan menyertai PH. Pemimpin PH Melaka juga belum berbincang mengenai isu itu.

    ā€œJika wakil rakyat ini berundur daripada PN yakni menyokong atau menyertai PH, maka dua kemungkinan boleh berlaku.

    ā€œPilihan raya kilat boleh diadakan atau PH mungkin merampas semula pentadbiran kerajaan negeri. Kemungkinan pilihan raya adalah lebih besar.

    ā€œPN yang kekurangan kerusi boleh memilih untuk membubarkan DUN dan memanggil pilihan raya, tetapi kata putus terletak pada Yang Dipertua Negeri,ā€ kata sumber.

    Keadaan itu, kata sumber, mendorong Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berusaha menjadikan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Mohd. Ali Rustam sebagai Yang di-Pertua Melaka.

    ā€œAbdul Rauf mempunyai kuasa yang besar dalam kerajaan negeri dan hampir semua pelantikan politik perlu menerima lampu hijau daripadanya,ā€ katanya.

    Sumber berkata, Exco kerajaan negeri memiliki kuasa pentadbiran yang terhad kerana kuasa dimonopoli Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Ali atau lantikan politik yang menyokong Abdul Rauf.

    ā€œKeadaan ini menyebabkan ADUN UMNO berasa tidak puas hati dan mendorong mereka berniat keluar parti,ā€ katanya. – Malaysia Gazette

    Get new posts by email:

    ā«» Berkaitan

    šŸ“  Terkini

    šŸ”„ Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)

    Send this to a friend