UtamaNASIONALDr Mahathir Akui Balas...

Dr Mahathir Akui Balas Surat, Tolak Hubungan Dengan Israel - pakdin.my

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan Malaysia semasa pentadbirannya menolak hubungan Malaysia dengan Israel dan jawapan itu diberikan melalui sepucuk surat kepada Perdana Menterinya Ehud Barak.

Beliau menjelaskan surat daripada Israel pada ketika itu adalah mahu Malaysia menukar pendirian mengenai hubungan antarabangsa dengan Israel.

“Saya menjawab balik mengatakan Malaysia tidak akan ada apa-apa hubungan dengan mereka (Israel) selagi mereka tidak mengiktiraf kedudukan rakyat Palestin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan pelbagai blog pembangkang pada masa sekarang mengenai sepucuk surat yang diutuskannya semasa menerajui pentadbiran Malaysia ketika itu, kepada Israel.

Dr Mahathir yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF)berkata bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak membenarkannya menyiarkan surat berkenaan walaupun beliau mahu berbuat demikian.

Katanya beliau membalas semula surat berkenaan dengan mengatakan hubungan dengan Israel tidak mungkin terjalin sekiranya mereka masih berkelakuan sebagai pengganas.

Dr Mahathir berkata tidak ada sebarang sebab Malaysia boleh menyokong Israel kerana tindakan rejim Yahudi adalah lebih ganas daripada pengganas.

“Dia (Israel) bom Iraq sebelum ada perang, dia tidak peduli untuk langgar undang-undang dunia, dia tidak peduli sebab ada Amerika akan sokong…Kita mahu pertahankan orang yang diserang bukan orang yang menyerang,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa Malaysia tidak mengeksport atau mengimport barangan atau produk dari Israel dan tidak menafikan sekiranya terdapat barangan atau produk Israel masuk ke negara ini, ia adalah kerana peranan orang ketiga.

“Kita tidak boleh menentukan, sebelum ini kita tidak ada hubungan Afrika Selatan, tetapi pihak lain beli getah daripada kita dan jual kepada Afrika Selatan.

“Demikian juga isu minyak kelapa sawit, minyak kita dibeli oleh pihak ketiga dan kemudian mereka jual…saya tahu yang masuk ke negara ini adalah buah pisang kaki. Ia tidak dilabel dari Israel tapi masuk melalui Singapura, orang Singapura bawa masuk ke Malaysia, tapi kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Dr Mahathir berkata tindakan berperang dan membunuh bagi menyelesaikan konflik antara dua pihak merupakan satu jenayah yang besar dan jika masyarakat dunia membenarkan perkara itu terjadi maka dunia tidak akan aman.

“Tindakan berperang dan pembunuhan beramai-ramai bagi menentukan pihak mana yang menang adalah satu pendekatan primitif…apakah ini menunjukkan manusia itu bertamadun. Manusia bertamadun tidak akan membunuh untuk selesaikan konflik,” katanya.

Tindakan berperang untuk menyelesaikan konflik antara dua pihak terjadi pada zaman primitif kerana manusia pada masa itu berfikiran cetek dan tidak tahu cara menyelesaikan masalah.

Beliau berkata dalam dunia moden sekarang dengan terdapat lebih kurang 200 negara yang menganggap mereka sebagai bertamadun namun ada antaranya masih menerima peperangan sebagai penyelesaian konflik.

Pada majlis berkenaan PGPF menerima lapan replika cek dengan jumlah keseluruhan RM282,158 untuk program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza daripada pelbagai badan sukan negeri, pertubuhan parti politik, jabatan dan agensi kerajaan serta kerajaan negeri Perak.

Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza diadakan bagi membantu menyalurkan sejumlah 1.5 juta botol air mineral kepada penduduk Palestin yang menderita kekurangan bekalan air bersih akibat sekatan dan pemusnahan sistem pembetungan serta loji penapisan air di Gaza oleh rejim Zionis.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...