@NajibRazak Temui 300 Pemimpin Korporat Di Selangor – @zinmohamed - pakdin.my

Koordinator Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed Khamis berkata Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin korporat di Selangor bahawa kerjasama mereka dengan Kerajaan Persekutuan adalah penting untuk kesejahteraan rakyat di negeri itu.

Katanya Perdana Menteri telah memberitahu 300 Ketua Pegawai Eksekutif syarikat-syarikat di Selangor yang ditemuinya hari ini bahawa kesejahteraan rakyat Selangor banyak bergantung kepada peranan dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tetapi ia juga perlu mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri selain daripada pihak swasta.

“Justeru, tidak boleh ada percanggahan pandangan, contohnya macam usaha Kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah air di Selangor, dengan perbelanjaan yang besar untuk mengalirkan air mentah dari Hulu Pahang melalui terowong tetapi mendapat tentangan daripada kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita mengenai hasil pertemuan yang diadakan secara tertutup itu.

Mohamed Zin berkata Najib menjelaskan kepada peneraju-peneraju industri di Selangor bahawa mereka mempunyai kepentingan langsung dalam pentadbiran dan penyampaian kerajaan bagi menyediakan suasana mesra perniagaan yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan secara besar menerusi Program Transformasi Kerajaan.

Menurut beliau, Perdana Menteri berkata hasil program transformasi ini menyaksikan hasil pungutan cukai meningkat lebih RM20 bilion dan ini menunjukkan wujudnya penjanaan kekayaan di negara ini tetapi momentum itu perlu satu lonjakan sehingga Malaysia mampu muncul sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.

Mohd Zin berkata bahawa pada pertemuan itu, Perdana Menteri dimaklumkan oleh pemimpin korporat bahawa mereka sukar untuk mendapatkan kelulusan perniagaan di Selangor pada masa ini.

UTAMABERITA@NajibRazak Temui 300 Pemimpin Korporat Di Selangor - @zinmohamed

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium