UMNO tumpu program ‘SHAP’ di semua pusat daerah mengundi - pakdin.my

UMNO akan memberi tumpuan kepada program ‘Setiap Hari Ada Program’ atau Shap yang akan dijalankan di semua pusat daerah mengundi di seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Bagi menjayakan program itu, setiap pusat daerah mengundi akan mempunyai jawatankuasanya sendiri.  Sebelum ini, UMNO menjayakan Program Juara Rakyat yang dilaksanakan di peringkat bahagian manakala Shap merupakan program yang akan memberi tumpuan di peringkat yang lebih kecil dan menyeluruh.

Shap akan dimulakan hari ini sehingga pilihan raya umum ke-13.

Keputusan mengenai program itu dibuat Majlis Tertinggi UMNO dan sehubungan itu peruntukan Program Juara Rakyat akan diagih untuk Shap.

Shap menetapkan sekurang-kurang 200 program sehari di seluruh negara berdasarkan terdapat 222 kawasan Parlimen.

UTAMABERITAUMNO tumpu program 'SHAP' di semua pusat daerah mengundi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium