Majlis Pernikahan Dan Persandingan Syafiqa Melvin @dzainalabidin - pakdin.my

Pemenang program Ikon Gadis melayu musim kedua, Syafiqa Melvin, 23, telah pun selamat bergelar isteri kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, 52, dalam majlis pernikahan di rumah keluarga perempuan di Taman Seri Semarak, semalam.

Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Parit Buntar, Mohd Khori Junus, jam 10.30 pagi dengan disaksikan lebih 50 tetamu.

Majlis nikah Zainal Abidin dan Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin berlangsung malam ini.

Pada majlis sederhana tetapi meriah itu, Siti Nur Syafiqa atau lebih mesra disapa Fiqa menerima mas kahwin telekung serta al-Quran dan wang hantaran dalam bentuk cek yang tidak didedahkan jumlahnya.

Fiqa menerima sembilan hantaran dan membalas 11 dulang hantaran. Zainal Abidin, bapa kepada empat anak menduda selepas kematian isteri, Datin Shazarina Shamsuddin di Hospital Selayang akibat barah hati dan paru-paru pada 22 Disember 2010

UTAMABERITAMajlis Pernikahan Dan Persandingan Syafiqa Melvin @dzainalabidin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium