Hujan Dan Ribut Petir Dijangka Berlaku Pada AidilAdha - pakdin.my

Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa buah negeri ketika sambutan Aidiladha, Jumaat ini.

Menurut Jabatan Meteorologi melalui portal rasminya, Sarawak akan mengalami ribut petir di satu dua buah kawasan di sebelah pagi dan petang manakala malam pula dijangka hujan.

Sabah pula dijangka hujan di sebelah pagi dan ribut petir di satu dua buah tempat di sebelah petang.

Bagi negeri-negeri di semenanjung seperti Terengganu, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Pahang, hujan pada sebelah pagi dan ribut petir di sebelah petang.

Sementara itu, cuaca di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan pula dijangka baik pada sebelah pagi namun hujan pula di beberapa buah tempat sebelah petang.

UTAMABERITAHujan Dan Ribut Petir Dijangka Berlaku Pada AidilAdha

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium