Serang Persoal Jumlah Projek Perumahan Kos Rendah K’jaan Selangor - pakdin.my

Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang) meminta kerajaan negeri ini memberi penjelasan berhubung jumlah sebenar rumah kos rendah yang dibina sejak memerintah pada 2008.

Pengerusinya, Budiman Mohd Zohdi berkata perkara itu dibangkitkan berikutan wujud percanggahan jumlah berdasarkan kenyataan seorang exco semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mac lepas, dan satu iklan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan pada 30 Okt lepas.

Beliau mendakwa percanggahan itu, antara lain, membabitkan bilangan rumah kos rendah siap dibina di Petaling dan Sepang, selain yang masih dalam pembinaan di Petaling.

“Kita mahu maklumat sebenar, bukan angka yang sengaja disiarkan walaupun tiada sebarang projek dijalankan. Kita juga ingin tahu bagaimana memohon rumah kos rendah ini,” katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Budiman turut meminta orang muda di negeri ini, yang memerlukan rumah kos rendah, menghubungi Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional di talian 1300-22-2626 sebelum keperluan mereka disalur kepada pihak berkenaan bagi tujuan pembelian rumah itu, yang dibina kerajaan Selangor.

UTAMAPOLITIKSerang Persoal Jumlah Projek Perumahan Kos Rendah K'jaan Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium