Majlis Syura Ulama Pas Perlu Nyatakan Pendirian Secara Terbuka Perlantikan Anwar Sebagai PM - pakdin.my

hadi awang 8-1-2013Majlis Syura Ulama Pas perlu menyatakan pendirian secara terbuka berhubung pelantikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Langkah tersebut perlu memandangkan sebelum ini wujudnya percanggahan pendapat antara majlis itu dengan barisan kepemimpinan tertinggi Pas dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Majlis Syura Ulama Pas bukan hanya tidak tutup sebelah mata dalam isu itu tetapi jangan berpura-pura tentang Anwar yang mempunyai pendirian cukup jelas mengenai kalimah Allah, gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender dan melindungi keselamatan Israel.

“Majlis Syura Ulama Pas seharusnya tampil menyatakan secara terbuka terhadap isu itu, seperti mereka lakukan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, majlis berkenaan tidak pernah membincangkan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya menguasai negara.

Malah, beliau menyifatkan dakwaan kononnya majlis tersebut menolak Anwar sebagai Perdana Menteri adalah mengarut dan mendakwa ia adalah fitnah yang sengaja direka oleh UMNO untuk mengkucar-kacirkan pakatan pembangkang dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Majlis Syura Ulama Pas seharusnya mengambil tindakan sama seperti dalam isu kalimah Allah bagi mengelakkan kredibilitinya terus dipertikaikan oleh parti-parti komponen dalam pakatan itu.

“Majlis Syura Ulama Pas perlu membuktikan konsistensi mereka sebagaimana isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

 

UTAMAPOLITIKMajlis Syura Ulama Pas Perlu Nyatakan Pendirian Secara Terbuka Perlantikan Anwar Sebagai...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium