Bekas MB bakal sertai Pas dari utara? - pakdin.my

salahuddinNaib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mengesahkan seorang bekas menteri besar – dari utara Semenanjung, akan menyertai parti itu dalam masa terdekat ini.

Salahuddin berkata, bekas menteri besar  itu sendiri menghubungi beliau dan menyatakan hasrat tersebut.

“Saya mengesahkan salah seorang bekas menteri besar akan menyertai Pas.

“Beliau sendiri menelefon saya pagi ini dan memberitahu hasrat itu dan akan menyatakan hasrat itu kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Menurut Salahuddin, bekas menteri besar itu akan mengisytiharkan perkara tersebut kepada umum dalam masa terdekat.

“Beliau sendiri akan mengumumkan kemasukan ke dalam Pas dalam masa terdekat ini,” katanya.

Harakahdaily difahamkan, bekas menteri besar berkenaan adalah dari negeri utara Semenanjung.

Beliau berbuat demikian kerana kesal dengan perebutan, cantas-mencantas dan perpecahan teruk yang sedang berlaku dalam Umno sekarang.

Kelmarin, Sinar Harian membawa laporan seorang bekas menteri besar akan menyertai parti itu.

Laporan itu berkata kemungkinan pemimpin itu dari Selangor atau Perak.

UTAMAPOLITIKBekas MB bakal sertai Pas dari utara?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium