Pemimpin pembangkang atur pencerobohan pengganas Kiram - pakdin.my

autonomy sabah ANWAR

Beberapa pemimpin pembangkang didakwa menjadi dalang kepada pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah dengan harapan kaum Suluk di negeri itu tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini sekiranya kerajaan bertindak ganas dalam menangani pencerobohan itu.

Bekas Ketua Pengarah Perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral (B) Datuk Salleh Ismail berkata, atas sebab itulah ada pemimpin pembangkang melakukan pertemuan dengan orang atasan kumpulan pengganas itu dan menjanjikan sesuatu untuk mendorong kemasukan mereka ke Sabah pada Februari lalu.

Katanya, pemimpin pembangkang ini sanggup mengatur pencerobohan berdarah itu kerana yakin hanya dengan memenangi banyak kerusi Parlimen di Sabah barulah mereka mampu memerintah negara ini selepas pilihan raya.

“Ini bukan satu rahsia. Inilah apa yang berlaku sebenarnya bahawa mereka begitu hendak keadaan di mana mereka percaya jika kita melakukan sesuatu kepada penduduk Sabah, khususnya kaum Suluk, maka orang Suluk ini tidak akan memilih kerajaan BN Sabah.

“Mereka ingin tunjukkan kelemahan Sabah sebab Sabah adalah kubu besar BN, khususnya di Parlimen dan mereka telah sasarkan jika tawan Sabah maka mereka boleh perintah negara,” katanya.

Salleh yang merupakan antara bekas pemimpin ATM yang melancarkan Ops Pasir di Sabah pada tahun 2001 berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Gelang Mas, di sini malam tadi.

UTAMAPOLITIKPemimpin pembangkang atur pencerobohan pengganas Kiram

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium