DAP menuding jari kepada PAS, sebagai punca kekalahan pakatan pembangkang di Kedah.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, masalah dalaman yang dihadapi PAS Kedah pada pilihan raya umum lalu, adalah penyebab utama kepada kekalahan itu.
LIM GUAN ENG / SETIAUSAHA AGUNG DAP
“Salah satu sebab utama mengapa kalah bukan kerana BN hebat, kerana Pakatan Rakyat tak memastikan penyampaian yang baik. Masalah perpecahan dalam PAS di mana takde pasukan bersatu ini pun mencacatkan usaha Pakatan Rakyat menang di Kedah”.
Lim Guan Eng berkata demikian pada Majlis Persidangan DAP yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 di ibu negara, siang tadi.
Menurutnya ketidak-sefahaman di kalangan ahli akan memberi kesan kepada parti, sekaligus menyebabkan perpecahan sokongan pengundi.
Pada PRU lalu, Barisan Nasional memenangi 10 kerusi Parlimen di Kedah, PKR hanya memperoleh 4 kerusi dan PAS 1 kerusi.
Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri pula BN menang 21 kerusi, PAS 9, PKR 4 kerusi dan DAP 2 kerusi.