Lagi kesatuan pekerja bidas AirAsia, jadikan pilihan terakhir - pakdin.my

air-asia

Selepas Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa ahlinya menjadikan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia sebagai pilihan terakhir, beberapa kesatuan sekerja lain turut tampil menyatakan pendirian sama.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Tan Sri Zainal Rampak menyifatkan tindakan AirAsia yang mencetuskan beberapa isu baru-baru ini sebagai sangat memalukan dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata, tindakan itu amat dikesali kerana pengguna yang dinafikan haknya itu bukannya orang lain tetapi rakyat Malaysia sendiri yang merupakan penyumbang utama kepada pencapaian AirAsia pada hari ini.

‘‘AirAsia kena kaji semula kelemahan mereka supaya perkara sama tak berulang. Kalau lihat dari segi tambangnya pun, tidaklah murah seperti yang digembar-gemburkan kerana ada banyak caj lain juga.

‘‘Rakyat khususnya ahli kesatuan wajar memikirkan perkara ini dan buat sementara waktu pilihlah syarikat lain seperti Malaysia Airlinesdan Malindo Air selagi AirAsia belum dapat memperbaiki mutu perkhidmatannya,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengulas gesaan CUEPACS supaya ahli-ahlinya memboikot AirAsia ataupun menjadikan syarikat penerbangan itu sebagai pilihan terakhir untuk ke mana-mana destinasi.

Baru-baru ini, beberapa persatuan pengguna turut mengecam mutu perkhidmatan syarikat syarikat itu yang mengecewakan serta sikap sambil lewa khususnya dalam memberi penjelasan dan pertolongan kepada penumpang yang berdepan masalah.

Dalam kejadian baru-baru ini, seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan, dihalang daripada menaiki pesawat AirAsia di Vietnam untuk pulang ke Malaysia kerana anaknya didakwa demam campak.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Telekomunikasi Semenanjung Malaysia (NUTE), Mohd. Jafar Abd. Majid berkata, dengan pelbagai isu yang didedahkan baru-baru ini, AirAsia terbukti tidak mesra pelanggan.

‘‘Saya sendiri pernah mengalami pengalaman lebih kurang sama dan disebabkan beberapa peristiwa yang mengecewakan itu, saya tidak lagi menggunakan perkhidmatan AirAsia sehingga ke hari ini.

Bagi Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. (KPPPTMSB), Zainuddin Dollah, AirAsia perlu meningkatkan mutu perkhidmatannya agar pengguna kembali yakin dengan syarikat tersebut.

UTAMALagi kesatuan pekerja bidas AirAsia, jadikan pilihan terakhir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium