Video: Hutan Simpan Berdekatan Dengkil Terbakar - pakdin.my

 

Dianggarkan 40 hektar tanah di hutan simpan berdekatan lebuh raya Elite di Dengkil, Selangor terbakar sejak malam semalam.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada kebakaran berpunca dari cuaca panas atau faktor lain.

Pihak bomba dan penyelamat menerima maklumat pada jam 10.28 malam semalam selepas api mula marak di hutan simpan bersebelahan lebuh raya ini.

30 anggota serta tiga jentera daripada Balai Bomba Shah Alam, Banting dan Pelabuhan Klang segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kebakaran dipercayai bermula di kawasan berdekatan kilometer 20 lebuh raya arah ke Shah Alam sebelum merebak dengan cepat berikutan angin kencang serta cuaca kering.

Setakat ini kebakaran dilaporkan berjaya dikawal selain usaha dilakukan bagi mengelak ia merebak ke kawasan perumahan berdekatan iaitu Saujana Putra.

Kebakaran tanah gambut itu mengakibatkan asap tebal dan pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan kerana jarak penglihatan yang terhad.

Penghadang dan terusan kecil juga dibina berdekatan kawasan hutan yang terbakar bagi menghalang api terus merebak.

Sebuah pos kawalan bomba turut didirikan bagi memantau keadaan.

Hutan Simpan Berdekatan Dengkil Terbakar

UTAMABERITAVideo: Hutan Simpan Berdekatan Dengkil Terbakar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium