130 NGO desak kerajaan siasat kumpulan Red Bean Army - pakdin.my

Red-Bean-Army

Kira-kira 130 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Melayu mendesak kerajaan menubuhkan siasatan diraja bagi menyiasat kumpulan Red Bean Army yang dipercayai dibiayai dan didalangi pihak pembangkang.

Gesaan itu disuarakan oleh wakil NGO, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Tain menerusi memorandum yang diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di lobi Parlimen, di sini, sebentar tadi.

Shahidan berkata, perkara itu akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Katanya, kegiatan Red Bean Army perlu disiasat secepat mungkin bagi mengelakkan keamanan dan kestabilan negara terjejas.

Terdahulu, media melaporkan pemimpin kanan DAP didakwa bertanggungjawab menyelia kegiatan lebih 200 anggota Red Bean Army di sekitar Pulau Pinang dan Selangor.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman yang mendedahkan kegiatan itu berkata, pasukan tentera siber itu diwujudkan DAP sejak 2008, khusus untuk menyerang kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

UTAMAPOLITIK130 NGO desak kerajaan siasat kumpulan Red Bean Army

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium