Tanah Runtuh Di Ukay Perdana: Tiga Pekerja Binaan Maut, Seorang Lagi Cedera (video) - pakdin.my

Tiga pekerja binaan yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan di Ukay Perdana
Tiga pekerja binaan yang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di tapak pembinaan di Ukay Perdana

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak pembinaan di Ukay Perdana di sini pada pagi Rabu mengakibatkan tiga pekerja asing terbunuh dan seorang lagi cedera.

Seramai lapan pekerja sedang melakukan kerja-kerja menanam cerucuk di kawasan pembinaan Sierra Ukay untuk kediaman satu tingkat ketika tanah runtuh berlaku pada kira-kira pukul 11 pagi Rabu.

Tanah runtuh itu mengakibatkan empat pekerja tertimbus manakala yang lain terselamat.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (Operasi), Mohd Sani Harul Said berkata, ketika anggota bomba tiba pada kira-kira pukul 11.30 pagi, dua mangsa telah dikeluarkan dari runtuhan itu oleh para pekerja binaan.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku ketika para pekerja sedang melakukan kerja-kerja menanam cerucuk di tapak pembinaan.
Kejadian tanah runtuh yang berlaku ketika para pekerja sedang melakukan kerja-kerja menanam cerucuk di tapak pembinaan.

“Salah seorang daripada mereka, seorang warga Myanmar telah meninggal dunia, manakala seorang pekerja rakyat Bangladesh mengalami beberapa kecederaan termasuk patah kaki.

“Dua lagi pekerja yang dibawa keluar dari runtuhan tetapi mereka sudah pun meninggal dunia.

“Mayat mereka akan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, manakala pekerja yang cedera akan dihantar ke Hospital Ampang untuk rawatan.

“Kami masih menyiasat punca kejadian tanah runtuh,” katanya, sambil menambah bahawa jabatan itu akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk menyiasat secara terperinci berhubung perkara itu.

Mohd Sani menjelaskan bahawa tapak pembinaan itu terletak di kawasan cerun bukit di Ukay Perdana.

“Kami akan menghubungi pemaju. Operasi dijalankan tempoh sejam,” katanya.

 

UTAMABERITATanah Runtuh Di Ukay Perdana: Tiga Pekerja Binaan Maut, Seorang Lagi Cedera...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium