BN perjuang tuntutan masyarakat bandar: @NajibRazak - pakdin.my

Najib menyampaikan sumbangan kepada Mariam Razali, 62, pada majlis berbuka puasa peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa
Najib menyampaikan sumbangan kepada Mariam Razali, 62, pada majlis berbuka puasa peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa

Kerajaan sedia beri perhatian terhadap 3 isu utama

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam menyatakan komitmen Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didukung oleh UMNO untuk memperjuangkan tuntutan masyarakat bandar ke arah memperkasakan parti itu di kawasan bandar seluruh negara.

Perdana Menteri berkata, seiring itu kerajaan memberi perhatian terhadap tiga isu utama iaitu jenayah dan rasuah, menaik taraf sistem pengangkutan awam dan perumahan mampu milik.
Beliau berkata, langkah itu selepas meneliti mesej disampaikan rakyat bandar kepada parti itu menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kajian, proses dalaman

“Hakikatnya kekuatan kita hari ini berteraskan kawasan luar bandar tetapi ia tidak bererti di bandar kita tidak menang sebab kita menang di beberapa kawasan bandar seperti Setiawangsa.

“Sehubungan itu, UMNO dan BN melakukan kajian dan proses dalaman untuk melihat kelemahan serta muhasabah diri supaya kepemimpinannya mendengar keluhan rakyat dengan rasa rendah diri agar rakyat senang hati kepada parti dengan memperjuangkan isu yang dapat memberi kepuasan kepada masyarakat bandar,” katanya di hadapan kira-kira 3,500 hadirin yang hadir pada majlis berbuka puasa peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Mu’adz Bin Jabal, Setiawangsa di sini, malam tadi.

Sampai sumbangan raya
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada pengurusan masjid berkenaan dan 1,000 penerima termasuk orang kurang upaya, warga tua, anak yatim, fakir miskin dan ibu tunggal.

Beliau juga bersama jemaah bertahlil dan menunaikan solat Tarawih serta moreh di masjid berkenaan.

Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; timbalannya, Datuk Dr Loga Bala Mohan; Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan pengerusi masjid berkenaan, Abdullah Mohamed.

Seiring hasrat untuk memenangi hati rakyat bandar, Perdana Menteri yang memakai baju Melayu dan berkain kain pelikat berkata, kerajaan BN yakin jika ketiga-tiga perkara itu dapat diberi perhatian, selain isu lain tentu ia akan memberi kepuasan kepada masyarakat bandar.

Parti pilihan rakyat 

Katanya, kerajaan mahu rakyat rasa selamat dan bebas daripada ancaman jenayah berat, ragut dan pecah rumah, selain memberikan keselesaan dengan menangani masalah kesesakan lalu-lintas dan penyediaan sebanyak 80,000 rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan yang bernilai antara RM150,000 hingga RM300,000.

“Kita mahu menterjemahkan kekuatan sebagai parti yang banyak berjasa, parti yang sudah berjuang memerdekakan negara, parti yang berjaya dalam membangunkan negara di bandar dan luar bandar.

“UMNO dan BN juga mahu memaparkan sebagai parti pilihan rakyat bukan saja di luar bandar tetapi juga bandar,” katanya.

UTAMAPOLITIKBN perjuang tuntutan masyarakat bandar: @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium