Rekrut Pelajar Jadi Anggota Kongsi Gelap - pakdin.my

Rekrut Pelajar Jadi Anggota Kongsi Gelap

Di Ipoh, seorang lelaki ditahan polis kerana disyaki terbabit merekrut pelajar menyertai kumpulan kongsi gelap.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohamad Shukri Dahlan selain menyertai kumpulan haram itu pelajar terbabit turut dipergunakan untuk mengedar dadah di sekolah.

Tambah beliau, sasaran lelaki berkenaan ialah golongan pelajar yang berusia antara 15 hingga 18 tahun.

Datuk Shukri bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai identiti dan lokasi suspek ditahan.

Siasatan katanya masih dijalankan bagi mengenalpasti jumlah pelajar serta sekolah yang menjadi sasaran lelaki berkenaan.

Polis tegasnya memandang serius kes berkenaan dan siasatan rapi sedang dijalankan oleh Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perak.

Jelas beliau lagi, sehingga kini seramai 46 ahli kongsi gelap telah ditahan di seluruh Perak sejak Ops Cantas dilancarkan.

Manakala 200 individu lagi yang disenaraikan dalam kumpulan haram itu sedang diburu.

Datuk Mohd Shukri ditemui media selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK Perak di Ipoh pagi tadi.

 

UTAMARekrut Pelajar Jadi Anggota Kongsi Gelap

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium