Guan Eng dolak-dalik isu Tanda Putera - pakdin.my

lim_guan_eng_dap_racist_rasis_nazi_hitler_penang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berdolak -dalik mengenai arahannya menyekat penayangan filem Tanda Putera di negeri itu selepas pelbagai pihak mengkritik tindakan berkenaan.

Sehari selepas mengeluarkan arahan itu kelmarin, Guan Eng semalam mendakwa beliau hanya menasihatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya tidak membenarkan penayangan filem itu.

+++++++++++++++++++++++

Guan Eng sekat Tanda Putera

Kerajaan DAP Pulau Ppinang mahu menyekat penayangan filem kontroversi Tanda Putera di negeri ini yang didakwanya boleh mencetuskan konflik antara kaum dan keharmonian rakyat.

Walaupun penayangan filem bukan dalam bidang kuasa kerajaan negeri, Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam mengarahkan EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow mengeluarkan surat rasmi kepada pengendali panggung wayang di negeri itu supaya tidak menayangkan filem yang mulai ditayangkan di seluruh negara hari ini. 2013/08/29

+++++++++++++++++++++++

Kementerian rujuk Peguam Negara pengharaman Tanda Putera di PP

Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut berhubung keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang mengharamkan penayangan filem ‘Tanda Putera’.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata pertemuan akan diadakan antara pihak kementerian dan Pejabat Peguam Negara bagi melihat mana-mana peruntukan undang-undang berkaitan dengannya.

“Bidang kuasa memberi lesen kepada pawagam terletak pada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), (manakala) bidang kuasa sama ada sesuatu pawagam itu boleh dibuka, dibina dan sebagainya terletak pada kerajaan tempatan.

 “Jadi, jika berlaku konflik seperti ini, kita akan lihat apakah perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dari perspektif undang-undang. Kita menghormati undang-undang, (dan) bagi kita, ini perkara baharu,” katanya ketika mengulas pengharaman tayangan filem patriotik ‘Tanda Putra’ di Pulau Pinang.

+++++++++++++++++++++++

Tanda Putera: Kerajaan Negeri P.Pinang Keluarkan Nasihat, Bukan Larangan – Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Khamis menegaskan kerajaan negeri hanya mengeluarkan nasihat dan tidak melarang mana-mana pawagam di negeri ini menayangkan filem ‘Tanda Putera’.

Beliau juga berkata tiada tindakan akan diambil ke atas pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat kerajaan negeri itu.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang mengulangi bahawa tidak ada sesiapa akan dihalang daripada menonton filem ini di Pulau Pinang.

“Kedua-dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) tidak akan menghukum pengendali panggung wayang di Pulau Pinang yang menayangkan filem tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Lim dalam sidang akhbar berkata kerajaan negeri pimpinan DAP meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Filem arahan Datuk Shuhaimi Baba itu yang diterajui dua bintang utama iaitu Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak Hussein dan Zizan Nin sebagai Tun Dr Ismail Abdul Rahman ditayang serentak di 60 pawagam di seluruh negara mulai hari ini.

Lim berkata langkah untuk mengeluarkan nasihat itu juga kerana beliau menganggap filem berkenaan telah melampaui batas dengan menggunakan wang awam untuk menyebarkan fitnah dan menggalakkan kebencian dalam kalangan masyarakat Malaysia.

“Filem ‘Tanda Putera’ telah diterbit dengan kos RM4.8 juta yang dibiayai oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC)”.

Sementara itu, Golden Screen Cinema (GSC) menerusi laman webnya mengumumkan bahawa filem ‘Tanda Putera’ tidak akan ditayangkan di Pulau Pinang sebagai mematuhi nasihat yang diumumkan semalam.

Menurut pengumuman itu, GSC akan membuat pembayaran balik kepada pelanggan yang telah membeli tiket filem itu mulai pukul 5 petang hari ini, pada waktu operasi pawagam dalam tempoh seminggu dari tarikh tayangan.

Tinjauan Bernama di beberapa pawagam di Queensbay Mall, 1st Avenue, Prangin Mall, Kompleks Bukit Jambul dan Gurney Plaza mendapati filem berkenaan tidak ditayangkan.

UTAMAPOLITIKGuan Eng dolak-dalik isu Tanda Putera

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium