Pemuda Terjun Dari Jambatan Disangka Sampah - pakdin.my

Sungai Petani – Objek yang disangka sampah yang dibuang dari sebuah jambatan rupanya seorang lelaki yang dipercayai terjatuh berhampiran tebing sungai.

Saksi yang sedang memancing panik melihat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan pemuda tersebut dari lemas.

Jasmizi Said

Kejadian berlaku di Sungai Semeling, Sungai Petani, Kedah, kira-kira jam 8 malam tadi.

Mangsa, Jasmizi Said, 29 tahun dari Sungai Petani, dipercayai mempunyai masalah tekanan perasaan datang ke atas jambatan itu berseorangan.

Mayat ditemui pasukan bomba kira-kira jam 11:40 malam terapung di bawah jambatan.

Mayat mangsa di bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

UTAMABERITAPemuda Terjun Dari Jambatan Disangka Sampah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium