Harga Rokok Naik Sekotak RM12 - pakdin.my

Harga Rokok Naik Sekotak RM12

Syarikat pengeluar rokok hari ini mengumumkan kenaikan mencecah RM1.50 bagi 20 batang rokok sekotak kepada RM12.

Peningkatan tertinggi dan paling mendadak itu susulan kenaikan duti eksais, 14 peratus.

Ia kenaikan tertinggi selepas kali terakhir harga rokok dinaikkan pada 3 Jun lalu iaitu sebanyak tiga peratus.

Dalam satu kenyataan media, Pengarah Urusan British American Tobacco, BAT, Stefano Clini berkata keputusan meningkatkan harga rokok juga mengambil kira kerugian kesan penjualan rokok haram.

Clini berkata kenaikan duti eksais itu boleh membawa kepada peningkatan perdagangan rokok haram.

BAT Malaysia mendakwa kehilangan sehingga RM2 bilion akibat aktivit penjualan rokok haram.

Pada masa sama, JT International Berhad, JTI turut mengumumkan kenaikan harga rokok keluaran dan edarannya berkuatkuasa esok.

 

UTAMAHarga Rokok Naik Sekotak RM12

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium