Proses Kumpul Lebihan Dana Kerajaan Negeri Sukar – MB Selangor - pakdin.my

Beliau berkata, kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang, Datuk SeriAnwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam Sabtu yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.

Khalid_Ibrahim Terlelap Ketika Sidang Media

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai alasan tersendiri dalam cara membelanjakan lebihan dana kerajaan negeri.

Beliau berkata, ia perlu dilakukan dengan tertib agar rakyat tahu tujuan dana itu digunakan.

Proses mengumpulkan lebihan dana kerajaan negeri adalah sesuatu yang sukar dilakukan dan ia memerlukan strategi lebih teliti dalam membelanjakannya, katanya kepada pemberita selepas penyerahan lembu untuk korban sempena Aidiladha di Masjid Kampung Pendamar di sini Ahad.

Beliau berkata, kritikan yang diterima daripada Ketua Pembangkang, Datuk SeriAnwar Ibrahim pada forum di Petaling Jaya malam Sabtu yang melabelnya sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik sebaliknya hanya berbangga dengan lebihan dana itu, dianggap kritikan biasa.

“Pada saya, ia (kritikan) hanya perkara biasa dan saya anggap Anwar ibarat memberi galakan untuk melakukan lebih banyak perbincangan sesama pemimpin agar dapat menjana strategi terbaik menguruskan dana kerajaan negeri,” katanya.

UTAMAPOLITIKProses Kumpul Lebihan Dana Kerajaan Negeri Sukar - MB Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium