Kambing ‘Feral’ Jadi Pilihan Masyarakat India Muslim Laksana Korban - pakdin.my

korban-kampong-pandan-kambing-feral-1 korban-kampong-pandan-kambing-feral-2 korban-kampong-pandan-kambing-feral-3

Lazimnya lembu menjadi pilihan untuk ibadah korban di Malaysia namun berlainan pula bagi masyarakat India Muslim di Kampung Pandan di sini yang lebih gemar memilih kambing jenis ‘Feral’ untuk ibadah itu.

Pengerusi Madrasah Kampung Pandan Mohd Sultan Mohd Ismail berkata kambing baka Australia yang diperoleh dari Perak itu menjadi pilihan penduduk setempat kerana harganya berpatutan meskipun saiznya agak besar.

Beliau berkata amalan ibadah korban menggunakan kambing Feral sudah dilaksanakan sejak 15 tahun lepas di madrasah berkenaan.

“Harganya sekitar RM700 ke atas seekor bagi yang beratnya 30 kilogram adalah berpatutan untuk penduduk melaksanakan ibadah korban,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bagi tahun ini sahaja sebanyak 212 ekor kambing Feral dikorbankan pada majlis yang disertai lebih 1,000 penduduk sekitar di madrasah.

Lebih menarik, kata Mohd Sultan, sebaik proses penyembelihan selesai, penduduk di kawasan itu akan bergotong-royong memasak menu istimewa yang menjadi tradisi mereka iaitu kari kambing Farel untuk jamuan tengah hari.

“Kambing Feral boleh dimasak dengan pelbagai resepi, namun yang paling digemari dan istimewa ialah dimasak kari,” katanya.

Beliau berkata daging kambing itu juga akan diagihkan kepada kira-kira 1,300 fakir miskin di kawasan sekitar.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAKambing 'Feral' Jadi Pilihan Masyarakat India Muslim Laksana Korban

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium