Banduan Yang Baru Dibebaskan Tikam Mati Isteri Di Kundang, Selangor - pakdin.my

Banduan Yang Baru Dibebaskan Tikam Mati Isteri

Bekas banduan yang baru dibebaskan dari penjara 2 minggu lalu menikam isterinya hingga mati.

Mangsa, K.Murugamal 36 tahun ditikam di rumah pekerja Ladang Bukit Darah Kundang, Sungai Buloh kira-kira jam 8.20 malam tadi.

Ketika kejadian, suami mangsa dikenali sebagai M.Pugumeswaran pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Berlaku pertengkaran antara mereka yang dipercayai akibat cemburu sehingga suspek bertindak menikam mangsa.

Mangsa yang dalam keadaan berlumuran darah sempat melarikan diri ke rumah jiran untuk meminta bantuan.

Bagaimanapun suspek bertindak mengejar mangsa dan menikam isterinya di bahagian belakang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Assisten ACP Abdul Rahim Abdullah berkata pemeriksaan forensik menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika menikam mangsa.

Dengan penahanan suspek, kes itu dianggap selesai.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 

UTAMABERITABanduan Yang Baru Dibebaskan Tikam Mati Isteri Di Kundang, Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium