Sultan Selangor: Tiada Sebab Tukar Cuti Hujung Minggu

sultan-selangor-cuti

Selangor tidak akan menjadi hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri itu, kata Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baginda bertitah Selangor merupakan pusat perdagangan di seluruh negara dan antarabangsa walaupun sebelum Kemerdekaan dan beralih kepada cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu mungkin akan menjejaskan pelaburan dan urusan perniagaan di negeri itu.

“Terdapat pelbagai perniagaan antarabangsa di Selangor dan beta tidak merasakan pelabur akan menyukai pertukaran tersebut.

“Jika Jumaat adalah cuti umum, agak sukar untuk menyelaraskan dengan negara-negara lain, termasuk Singapura.

“Malah ia akan menyukarkan ahli perniagaan untuk menjalankan urus niaga mereka dan ia juga akan menjejaskan pasaran saham,” katanya dalam temu bual bersama The Star.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mengumumkan cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad bagi negeri itu sebelum ini ditukar ke hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari depan.

Sultan Ibrahim bertitah pertukaran itu dilakukan untuk memudahkan umat Islam menunaikan solat Jumaat.

Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang turut menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu.

Sultan Sharafuddin berkata tiada sebarang rungutan daripada umat Islam di Selangor untuk menunaikan solat Jumaat.

“Setiap kali beta pergi ke masjid di Selangor pada hari Jumaat, ia sentiasa penuh. Majikan sentiasa menyediakan dan membenarkan pekerja mereka untuk menunaikan tuntutan agama.

“Tiada sebab untuk kita menukarnya (hujung minggu) ke hari Jumaat (dan Sabtu),” titah baginda.

Mengulas mengenai isu agama dan perkauman di negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Sultan Sharafuddi menggesa rakyat dari pelbagai kaum dan agama untuk menghormati antara satu sama lain.

“Beta percaya, rakyat berlainan kaum akan bertolak-ansur dengan kaum lain, tetapi beberapa isu dibangkitkan oleh ahli politik. Kita harus ingat bahawa negara tidak akan maju tanpa semangat berpasukan dan bantuan kaum lain. Melayu, India dan Cina dan kaum lain harus belajar untuk bekerjasama kerana tiada mana-mana kaum akan maju dengan sendirinya,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin yang merupakan ketua agama Islam di negeri itu turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak menyentuh sensitiviti agama kaum lain.

“Sejak sekian lama, setiap kaum tidak pernah menyentuh sensitiviti agama dan budaya kaum lain. Kita tidak pernah mengkritik dan mempersoalkan apa yang dilakukan kaum lain,” titah baginda.

Ketika diminta mengulas mengenai penggunaan kalimah Allah, baginda bertitah:”Beta berharap orang bukan Islam untuk tidak terlibat dengan segala berkaitan Islam.”

Baginda turut menyuarakan kekesalan mengenai tindakan segelintir individu yang menggunakan masjid sebagai pentas ceramah politik di negeri itu.

“Sebab utama beta tidak membenarkan amalan itu kerana ia memecahkan ummah. Kita seharusnya pergi ke masjid untuk menunaikan ibadah,” titah baginda.

Temu bual bersama Sultan Sharafuddin adalah bersempena 12 tahun baginda menaiki takhta sebagai Sultan dan sambutan Hari Keputeraan baginda yang ke-68 pada 11 Disember ini.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...