Wednesday, September 18, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Khazanah Purba Malaysia Dijual di e-Bay - pakdin.my

Mata wang berbentuk binatang
Sukar ditemui: Mata wang berbentuk binatang ini ditemui di sebuah kedai menjual barangan antik di Johor.

Bukan sahaja pentadbiran negeri Kedah kecewa dengan kehilangan tapak bersejarah yang berharga.

Artifak dan khazanah dari Johor juga turut dijual dengan harga yang tinggi di pasaran gelap dengan kebanyakan daripada harta karun berkenaan diperoleh daripada ibu kota pentadbiran lama negeri iaitu Johor Lama.

Lebih memburukkan keadaan semakan di e-Bay dan beberapa laman web lain mendedahkan satu kebenaran mengejutkan kerana bukan itu sahaja malah artifak bersejarah dari Perak dan Melaka juga turut dilelong.

Khazanah yang bernilai jutaan ringgit ini, terdiri daripada emas, perak dan duit siling timah, mata wang berbentuk binatang, ‘celadon’ pasu ‘terracotta’, seramik biru dan putih Cina serta senjata.

Penjualan barangan purba tersebut telah berlansung secara sulit sejak 40 tahun lalu, turut menarik minat pengumpul barangan antik persendirian dari Malaysia serta Singapura.

Sekeping duit syiling emas yang hampir menyerupai syiling 10 sen pada hari ini, yang diperoleh daripada zaman Kesultanan Johor dijual di pasaran gelap pada harga RM2,000 hingga RM10,000.

Menurut sumber, kebanyakan khazanah dan artifak purba ini dijumpa oleh penduduk kampung dan nelayan di sepanjang Sungai Johor.

Artifak berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Yayasan Warisan Johor (YWJ), yang merupakan badan bertanggungjawab terhadap pentabiran muzium di Johor namun kebanyakan mereka lebih berminat untuk menjualnya di kedai menjual barangan antik.

Kebanyakan artifak yang ditemui itu dijual secara atas talian atau pun kedai antik di serata negeri.

“Semuanya melibatkan soal duit, mereka (pencari harta karun) tahu nilai setiap artifak yang mereka temui. Maka mereka membuat keputusan, menjualnya untuk mendapatkan wang dengan jalan yang mudah,” kata sumber berkenaan sambil menambah YWJ mengambil masa lebih kurang setahun untuk menetukan sumbangan yang diberikan kepada mereka yang menemui artifak tersebut.

Daerah terbesar di Johor, Kota Tinggi turut dikenali sebagai ‘daerah bersejarah’ kerana ia merupakan tempat bermulanya kerajaan Kesulatanan Johor lama.

Seorang peneroka felda, Suhaimi Abd Aziz, 64, yang berasal daripada Kampung Johor Lama berkata kawasan berkenaan kaya dengan pelbagai khazanah yang sering ditemui oleh penduduk kampung.

“Kebanyakan orang hanya menyimpan barangan tersebut sebagai harta pusaka keluarga,” katanya.

Dia berkata berita mengenai sejarah tempat berkenaan mejadikan kampung tersebut menjadi lokasi yang sering dikunjungi oleh pencari harta karun termasuk pasukan penyelam yang mencuba nasib di kawasan berkenaan.

Seorang lagi sumber daripada Jabatan Muzium Negara berkata kebanyakan artifak daripada negeri lain turut dijual di pasaran gelap.

“Pihak pemaju di Johor secara menemui artifak berharga ini secara tidak sengaja, namun yang menyedihkan adalah mereka tidak menyerahkannya kepada pihak berkuasa sebaliknya mereka lebih suka menjualnya untuk mendapatkan keuntungan.

“Ada artifak ini boleh mencecah harga jutaan ringgit, namun semuanya bergantung kepada keunikan, barangan yang sukar ditemui serta keadaan artifak tersebut. Namun sudah pasti ia mempunyai harga di pasaran gelap,” katanya.

Sementata itu Pengarah YWJ, Muhammad Fuad Radzuan berkata adalah satu tindakan yang menyalahi undang-undang sekiranya mereka yang menemui artifak Johor itu menjualnya kepada pengumpul khazanah purba atau kedai antik.

“Kami tahu kebanyakan artifak yang ditemui di Kota Tinggi dijual krpada pengumpul barangan antik serta dijual dipasaran gelap kerana terdapat permintaan yang tinggi di sana,” katanya.

Muhammad Fuad berkata mereka yang menemui artifak tersebut sepatutnya menyerahkan artifak berkenaan kepada YWJ untuk dijadikan sebagai warisan kerajaan kerana ia adalah bukti kewujudan negeri Johor di sepanjang Sungai Johor yang dikatakan telah wujud sejak tahun 1520an.

Beliau berkata bagi mereka yang mahu menjalankan kerja penggalian untuk mencari artifak negeri perlu melalui YWJ dan kemudiannya surat mereka akan dirujuk kepada Muzium Negara untuk mendapatkan kebenaran di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2007.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan berkata kerajaan negeri sedang dalam usaha untuk mengazetkan Sungai Johor dan Kampung Johor sebagai tempat warisan bersejarah bagi memastikan artifak serta khazanah purba di kawasan itu tidak hilang dan dijual di pasaran gelap.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

[VIDEO] Perhimpunan Agung UMNO 2024: Tambat hati generasi GenZ dan milennial yang menilai melalui media sosial

Semua jentera parti dan sayap pergerakan perlu mempunyai operasi elektronik khusus bagi mengurus kecanggihan genZ dan milenial.

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan akan datang kita harus menggunakan, tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional.

[VIDEO] Sidang Media Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2024

Kita mempunyai pelbagai fokus pada kali ini untuk sayap-sayap mereka mempunyai agenda tersendiri bagi memperkukuhkan parti, ini terhasil daripada kemenangan daripada Nenggiri. Semangat membara semula.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

[VIDEO] Taufan Yagi mencetuskan banjir dibeberapa tempat utara Thailand

Pada 10 September, hujan lebat yang disebabkan oleh Taufan Tropika Yagi, ditambah pula dengan hujan berterusan sejak 8 September, menyebabkan banjir di Daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

[VIDEO] Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 24 orang

Taufan Yagi dan tanah runtuh serta banjir yang dicetuskannya telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan 299 lagi di utara Vietnam pada hujung minggu 7 September 2024

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: