Pengundian pemilihan MCA bermula - pakdin.my

najibmca

Pemilihan MCA bermula tengah hari ini dengan perwakilan mengundi untuk memilih pemimpin baru.

Speaker Datuk Yik Phooi Hong mempengerusikan majlis pada 11.30 pagi untuk mengumumkan mesyuarat telah bermula dan menerangkan kepada perwakilan prosedur pengundian.

Sejam kemudian, perwakilan mula mengundi untuk memilih presiden, timbalan presiden, empat orang naib presiden dan 25 orang anggota Jawatankuasa Pusat (CC).

Yik berkata sejumlah 2,352 anggota atau 98.66 peratus daripada 2,385 perwakilan layak mengundi dan berdaftar, menjadikan penyertaan paling ramai dalam sejarah parti itu.

Pengundian di Dewan San Choon Hall berjalan dengan kawalan ketat yang para perwakilan perlu menunjukkan kad keanggotaan untuk mendapat kertas mengundi.

 

UTAMAPOLITIKPengundian pemilihan MCA bermula

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium