Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan - pakdin.my

 

kkmPenjelasan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Selasa untuk menjawab dakwaan Rafizi Ramli konon kerajaan ‘main wayang’ jual aset untuk tunjuk kedudukan kewangan negara kukuh mungkin boleh bagi pedomen kepadanya sebelum nak menjolok.

Terma atau bahasa ekonomi yang terkandong dalam penjelasan berkenaan mungkin sukar difahami oleh orang kebanyakan namun Pengarah Strategi PKR ini tentu sudah nampak dimana salah silapnya.

Apapun kita tidak boleh salahkan Ahli Parlimen Pandan ini jika beliau sentiasa bernafsu besar mencari lubang untuk merobek imej kerajaan.Jawabnya apa lagi kalau bukan ‘nak hidup’.

Cuma kesian sikit pada Rafizi setelah mencipta nama dalam kes NFC tidak lama dulu…usahanya untuk buat bising dalam beberapa isu tidak menjadi.

Kes terbaru ini tentu membuatnya terus gigit jari.

Wah…dalam sidang akhbarnya Jumaat lalu,Rafizi nampak konfiden sekali dalam membuat dakwaan kononnya menjual aset dan buat pensekuritian hutang kerajaan untuk menutup kelemahan dalam pengurusan ekonomi.

Untuk beri gambaran lebih buruk beliau juga dakwa dicelah itu Datuk Seri Najib Tun Razak enggan potong perbelanjaan boros.

Malah beliau mendesak satu sidang tergempar Parlimen diadakan diadakan untuk membincangkan hal berkenaan.

Apa yang nampak agak lawak ialah Rafizi membuat dakwaan itu berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM) yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 1 Dis 2013.

Sedangkan Bank Dunia sendiri memetik laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

“Untuk makluman, sumber maklumat dalam penerbitan MEM tersebut diperoleh daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia,”kata kenyataan penjelasan Kementerian Kewangan itu.

Kenyataan Kementerian Kewangan itu menasihatkan semua pihak agar meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Menurutnya kenyataan yang dibuat oleh Rafizi adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.

Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)

Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.

Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.

Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA
24 Disember 2013

UTAMAPOLITIKPenjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium