Tiga Sahabat Maut Digilis Lori Dekat Kuala Nerang (video) - pakdin.my

Tiga Sahabat Maut Digilis Lori Dekat Kuala Nerang

Di Jitra Kedah, tiga sahabat karib maut selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer Lapan Jalan Kuala Nerang, malam tadi.

Manakala dua lagi dilaporkan cedera parah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 malam.

Tiga sahabat terbabit yang belajar di Sekolah Menengah Kuala Nerang dan Giat Mara ini, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli makanan di pasar malam.

Motosikal yang dinaiki mereka kemudian dilanggar lori yang datang dari arah belakang.

Mangsa yang maut mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketiga-tiganya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah.

Dua lagi rakan mereka yang cedera parah kini dirawat di Hospital Kuala Nerang.

 

UTAMABERITATiga Sahabat Maut Digilis Lori Dekat Kuala Nerang (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium