Kertas Siasatan Keterangan Paderi Lawrence Dihantar Kepada Timbalan Pendakwa Raya - pakdin.my

gereja-selangor-berkeras-guna-kalimah-Allah

SHAH ALAM: Kertas siasatan terhadap keterangan Paderi Lawrence Andrew mengenai penggunaan kalimah Allah telah dihantar kepada timbalan pendakwa raya pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahlan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Sebanyak 109 laporan polis dibuat terhadap paderi Katolik selepas sebuah portal berita menyiarkan artikel mengenai beliau yang dipetik sebagai berkata bahawa penganut Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah semasa perhimpunan walaupun terdapat peraturan yang tidak membenarkan orang bukan Islam di Selangor untuk menggunakan perkataan itu.

Sebanyak 101 daripada laporan itu dibuat di Selangor.

“Kita juga telah merakamkan keterangan daripada 99 individu mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kontinjen polis.

Paderi Lawrence merakamkan keterangannya pada Selasa, sehari selepas artikel berhubung kenyataannya itu disiarkan.

Beliau pergi ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada pukul 3 petang ditemani peguam Francis Pereira dan beredar selepas dua jam.

Beliau turut menunjukkan naskah Bible versi bahasa Malaysia yang berusia 100 tahun kepada penyiasat.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAKertas Siasatan Keterangan Paderi Lawrence Dihantar Kepada Timbalan Pendakwa Raya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium