Boikot Barang Naik Dengan Kuasa Pengguna : Harga Barang Naik Agenda Cina DAP? - pakdin.my

beli-barangan-melayu

Pembangkang terlalu terdesak untuk  memfitnah kerajaan. Sebelum ini mereka menuduh kononnya GST bakal  menaikkan harga barangan.  Bermula dari 1 januari 2014 kita melihat fenomena kenaikan barang sedangkan GST yang kononnya membebankan hanya akan dilaksanakan pada 1 April 2015.  Kuasa ekonomi yang dipegang oleh bangsa Cina membolehkan mereka bertindak memanipulasikan harga barangan sesuka hati mereka.

Namun, kita sebagai pengguna perlu menunjukkan kuasa kita dalam menentukan harga barangan pula. Rakyat perlu tahu bahawa “ Customer is the king”.  Kita  bakal menentukan  harga barangan terpaksa turun dengan kerjasama semua rakyat. Sebarang kenaikan yang tidak munasabah perlu disusuli dengan tindakan memboikot barangan sebagai bantahan. Ianya  perlu dilakukan secara bersama ,serius dan berterusan  supaya “peniaga hantu” ini  sedar akan kuasa yang dimiliki pengguna.

Perancangan yang teliti perlu dalam melaksanakan boikot barangan yang naik melampau.  Ianya perlu bagi mengajar mereka yang mempunyai agenda jahat dan tersembunyi. Golongan ini jelas cuba menyusahkan kerajaan dan rakyat. Dalam masa yang sama mereka mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Rakyat perlu bersatu dalam perancangan hebat ini bagi memastikan sasaran dapat dicapai.

Pihak  kerajaan juga memantau dengan berterusan. Pengguna perlu melaporkan salah laku peniaga kepada pihak berkuasa  bagi mengelakkan pengguna dibebani kenaikan harga berganda akibat ditipu peniaga. Kerjasama yang erat antara Kerajaan dan pengguna bakal melumpuhkan sindiket yang cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan kerajaan dengan  membebankan rakyat. Pengguna juga perlu merancang perbelanjaan mereka dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Rakyat tidak perlu takut dengan perlaksanaan cukai GST. Ini merupakan penambahbaikkan sistem untuk kerajaan dan rakyat. Cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan. Ianya telah menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Kadar GST yang dicadangkan ditetapkan pada 6%. Ianya  lebih rendah daripada cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) -: jumlah (15%) yang akan dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST. Kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Kerajaan juga akan melaksana cukai sifar ke atas 40 barangan dan perkhidmatan asas. Dengan erti kata lain, barangan ini bakal mengalami penurunan harga. Barangan makanan asas tidak dikenakan GST seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan dan lain-lain lagi. Manakala  barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:

a.Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.

b.Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.

c.Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.

d.Jual beli dan sewa rumah kediaman

e.Perkhidmatan kewangan terpilih dan lain-lain lagi.

Golongan pertengahan dan bawahan tidak akan terbeban langsung dengan perlaksanaan cukai GST. Malahan mereka akan mendapat lebih nilai untuk barangan keperluan. Disamping itu juga  dalam tempoh peralihan kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M selain dari jumlah BR1M yang layak buat mereka.

Menurut  kajian, kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2%  Malaysia adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST. Malahan dari maklumbalas yang diterima dari lebih 160 buah negara sudah melaksanakan GST, ianya terbukti ” telus, berkesan dan sistem cukai yang adil”

Rakyat perlu tahu sebagai pengguna, mereka hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja. Perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Ironinya ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak. Maka dengan itu rakyat perlu yakin dengan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam semua perkara. Segala propaganda fitnah  pembangkang perlu ditangani dengan bijak. Rakyat jangan mudah terpedaya dengan dakyah jahat pembangkang.

 

UTAMAPOLITIKBoikot Barang Naik Dengan Kuasa Pengguna : Harga Barang Naik Agenda Cina...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium