Lim Chong Ann Letak Jawatan Ketua PKR Baling - pakdin.my

 Lim Chong Ann

Lim Chong Ann telah meletak jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Baling dalam sidang media di kediamannya di Kuala Ketil siang tadi, lapor blog pisaukedah.

“Selain dari merasa kecewa dengan kewujudan kroni dalam PKR, beliau yang merupakan Ketua PKR Cabang Baling selama 2 penggal merasa dirinya langsung tidak dihargai oleh pucuk kepimpinan tertinggi PKR walaupun banyak menggunakan wangnya sendiri untuk PKR Baling semasa PRU13.

“Menurut Lim Chong Ann semasa PR mentadbir Kedah penganugerahan pingat Kebesaran hanya diberikan kepada keluarga pucuk pimpinan tertinggi dan kroni-kroni yang tidak berjasa kepada parti.

“Difahamkan Lim Chong Ann telah menyerahkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua PKR Cabang Baling yang berkuatkuasa pada 3 Feb 2014. Surat perletakkan jawatan tersebut telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti PKR Kedah pada 5 Feb 2014,”lapor blog itu.

UTAMAPOLITIKLim Chong Ann Letak Jawatan Ketua PKR Baling

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium