Waytha Moorthy minta urus sendiri dana RM750j untuk kaum India - pakdin.my

waythamoorthy

Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa Waytha Moorthy melepaskan jawatan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri secara mengejut minggu lalu.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam respons berkata, perkara itu tidak dibincangkan dengan beliau terlebih dahulu.

Bagaimanapun, sebelum ini Pengerusi Hindraf itu sudah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kerajaan atau ‘menongkah arus’ termasuk menyalahkan polis dalam isu pembenterasan jenayah terancang dalam Ops Cantas.

Bahkan dalam isu meroboh sambungan haram di sebuah kuil  di Jalan P. Ramlee, beliau turut mengecam tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebagai rekod, pelantikan beliau sebagai timbalan menteri adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan utk jalin kolaborasi dengan Hindraf dalam nenyelesaikan isu-isu berkaitan kaum India.

Malangnya, dari awal lagi beliau menghadapi kesukaran untuk sesuaikan diri dan memahami sistem pentabiran kerajaan yang mungkin tidak dapat memenuhi keperluan dan kehendak beliau.

Difahamkan, beliau harap disokong oleh sebuah jabatan khusus dengan 50 pegawai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion.

Sebenarnyam kerajaan mengamalkan pndekatan menangani  isu kaum India secara sederhana dan berperingkat-peringkat.

Ini penting dengan mengambil kira aspek pratikaliti dan sensitiviti pihak lain dalam kerajaan.

Kerajaan sudah memberi peruntukkan RM750 juta kepada kaum India yang disalurkan melalui pelbagai kementerian dan agensi utk menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Hindraf selain berusaha selesai isu melibatkan kaum India melalui pelbagai saluran.

Bagaimanapun, berdasarkan sumber, Wayytha Moorth mahu Perdana Menteri memberi jaminan bertulis untuk menyalurkan peruntukkan sebanyak RM750 juta kepada beliau bagi melaksanakan agenda pembangunan kaum India.

Tuntutan ini tidak teratur dari segi peraturan.

Selain itu banyak lagi tuntutan oleh Hindraf kepada kerajaan adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan semangat Barisan Nasional (BN) dan perkara itu sukar untuk ditunaikan.

Malah adalah tidak wajar beliau mendesak kerajaan menghapuskan hukuman mati sebagai menyokong saranan Majlis Hak Asasi Manusia yang berpengkalan di Geneva.

Dengan usaha-usaha kerajaan dan bantuan yang sudah diberikan, Waytha Moorthy tidak patut menyalahkan kerajaan kononnya tidak membantu kaum India.

Sedikit sebanyak Waytha Moorthy sudah bersikap ‘duri dalam daging’ dan kerajaan tidak perlulah menangisi peletakan jawatan beliau kerana tidak perlu menolong ‘anjing tersepit’.

UTAMAPOLITIKWaytha Moorthy minta urus sendiri dana RM750j untuk kaum India

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium