Puasa hari Arafah pada Sabtu – Mufti Wilayah Persekutuan - pakdin.my

wpid-arafah.jpg

Puasa hari Arafah bagi umat Islam di Malaysia adalah pada hari Sabtu, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Albakri.

Kata beliau, perselisihan tarikh hari Arafah berlaku kerana perbezaan tempat naiknya bulan (Matla’ al-Qamar), natijahnya penentuan puasa hari Arafah berselisih sehari antara Malaysia dengan Arab Saudi.

“Begitu juga berdasarkan satu kaedah yang masyhur ‘Keputusan Hakim (iaitu pemerintah) akan mengangkat khilaf’. Ini menunjukkan keputusan pemerintah hendaklah dipatuhi kerana boleh mententeramkan masyarakat dan mengharmonikan rakyat serta dapat menunjukkan perasaan kesatuan sesama umat ketika pelaksanaan ibadat,” katanya.

Selain itu, kata Zulkifli, dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasaie dan Sunan Abu Daud menyebut hari kesembilan Zulhijah yang menunjukkan bahawa terdapat nama yang lain bagi hari Arafah.

“Hadis itu berbunyi: “Adalah Rasulullah SAW berpuasa pada sembilan Zulhijah, hari ‘Asyura dan tiga hari setiap bulan.

“Berdasarkan hadis di atas ia menjadi jawapan yang paling kukuh bahawa rakyat Malaysia berhak berpuasa pada hari Sabtu kerana dikira sembilan Zulhijah pada tahun ini berdasarkan kepada tidak nampaknya anak bulan. Ia berlainan dengan Arab Saudi yang nampak anak bulan,” jelas beliau.

Di antara kemuliaan hari ini ialah Allah SWT telah bersumpah dengan hari Arafah.

Firman Allah SWT:

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُ‌وجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ ﴿٣

“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan; Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.”  (Surah Al-Buruj: 1-3)
.

Rasulullah SAW bersabda: “Makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu ialah hari Jumaat, dan segala keadaan yang disaksikan ialah hari Arafah, Jumaat adalah yang terbaik daripada Allah kepada kita.” (Ad-Dur al-Mantsur: 8/463 dan At-Tabary).
.

Begitu juga Allah SWT telah bersumpah dengan kebesaran hari mulia ini. FirmanNya:

وَالْفَجْرِ‌ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ‌ ﴿٢

“Demi waktu Fajar; Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).”  (Surah Al-Fajr: 1-2)
.

Menurut Abdullah bin Zubair: “Dari 1 Zulhijjah hingga Hari Korban adalah termasuk hari Arafah.” (At-Tabary).

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAPuasa hari Arafah pada Sabtu - Mufti Wilayah Persekutuan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium