UtamaEKONOMIBoikot: Sejauh Mana Ia...

Boikot: Sejauh Mana Ia Berkesan - pakdin.my

boikot-peniaga-melampau

Baru-baru ini saranan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya pengguna bertindak bijak memboikot peniaga tamak yang menjual barangan pada harga tinggi mencetuskan pelbagai reaksi.

Melihat sudut kepenggunaan, boikot selaras dengan hak asasi kepenggunaan sejagat untuk mendesak peniaga tamak yang enggan menurunkan harga barang meskipun kos operasi dan pengeluaran semakin rendah ekoran penurunan harga minyak.

Hakikatnya, jika boikot dilakukan secara besar-besaran dan strategik, ia memberi kesan dan boleh melumpuhkan suatu ekonomi.

Persoalannya sejauhmanakah tindakan boikot yang dicadangkan berkesan? Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pengguna jika benar pengguna ingin memboikot golongan peniaga dan pemborong tamak berkenaan?

PENGGUNA ADA PILIHAN

Mengupas persoalan ini, pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr Shazali Abu Mansor berkata pengguna mempunyai hak dan pilihan untuk memboikot sekiranya langkah ini membantu menurunkan harga barang dalam pasaran.

“Kalau pengguna nak memboikot itu memang bagus tetapi banyak mana pengguna nak boikot? Kalau setakat 10 peratus sahaja memang tidak berkesan, kena 100 peratus baru berkesan, seeloknya biar majoriti yang memboikot barangan itu,” katanya.

Malangnya hanya sebilangan pengguna Malaysia yang benar-benar melakukan boikot, Masih ramai tidak menggunakan kuasa pengguna yang ada pada mereka untuk mengekang kenaikan harga barangan, sebagaimana yang dilakukan pengguna di negara maju.

Perlu juga diketahui daripada satu sudut dalam pasaran ekonomi bahawa tidak semua barangan yang boleh diboikot kerana ada yang melibatkan barangan berbentuk keperluan harian misalnya beras, gula dan tepung.

“Kalau boikot pun hanya barangan tertentu sahaja… ia mesti ada penggantinya dan barangan itu bukan barangan keperluan. Contohnya tarif elektrik naik, kita masih memerlukan elektrik.

“Tetapi barangan seperti pakaian atau makan di restoran kita masih boleh boikot,” katanya.

Untuk tujuan memboikot, Shazali berkata pengguna perlu bijak mengimbangi antara barangan keperluan dan kehendak iaitu dengan melakukan perbelanjaan berhemah kerana corak perbelanjaan mempengaruhi kuasa beli pengguna.

ANTI MONOPOLI

Menyentuh tentang penentuan harga barang, Shazali berkata banyak faktor mempengaruhi kenaikan harga sesuatu barangan, antaranya termasuklah penawaran dan permintaan dalam pasaran serta kuasa monopoli.

Sistem ekonomi Malaysia lebih menjurus kepada pasaran ekonomi campuran iaitu melibatkan kapitalisme dan sosialisme yang menggabungkan kebebasan ekonomi swasta, perancangan ekonomi berpusat dan peraturan kerajaan.

“Selalunya permintaan sentiasa ada walaupun harga barang itu meningkat kerana ia melibatkan barangan keperluan harian. Tambahan pula, wujud kuasa monopoli oleh sesuatu pihak, yang pasti akan menyukarkan pengguna untuk mendapatkan bekalan barangan misalnya beras, gula dan minyak,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Shazali berkata pelaksanaan undang-undang anti monopoli akan membantu kerajaan bagi mengawal harga di pasaran sebagai langkah terbaik untuk menyelesaikan isu kenaikan harga barang.

“Jangan benarkan kartel-kartel mengawal harga. Kalau di Amerika Syarikat, akta anti monopoli diwujudkan bagi menghalang kartel-kartel ini daripada memonopoli dalam pasaran ekonomi,” katanya.

Di Malaysia undang-undang anti monopoli dikuatkuasakan menerusi Akta Persaingan 2010.

TANGGAPAN MASYARAKAT

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPMM) Datuk Mohamad Mahmood pula berkata golongan penjaja dan peniaga sering dipersalahkan malah tanggapan masyarakat mendakwa kenaikan harga barang adalah berpunca daripada mereka.

Mengakui kemungkinan wujud kuasa monopoli di kalangan pembekal dan pemborong beliau berkata golongan peniaga dan penjaja lazimnya bergantung sepenuhnya kepada bekalan yang disediakan oleh pemborong dan pembekal.

“Kita tiada pilihan untuk memilih sama ada pemborong atau pembekal A, B atau C melainkan ada kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang dapat membantu penjaja dan peniaga serta mengawal harga,” katanya.

Tidak menafikan ada di kalangan penjaja dan peniaga tidak bertanggungjawab menaikan harga barang, Mohamad berkata sewajarnya pemborong dan pembekal dikenakan tindakan yang lebih tegas.

Beliau berkata pada masa ini kerajaan hanya memberi tumpuan kepada golongan penjaja dan peniaga yang gagal menurunkan harga barang sedangkan mereka memperoleh barangan pada harga yang sama semasa harga minyak naik dahulu.

“Ketika kerajaan menaikkan harga minyak atau mengurangkan subsidi minyak, harga barangan naik tetapi apabila harga minyak turun kenapa tiada respons daripada pembekal dan pemborong? Mengapa mereka tidak turunkan harga barang?,” katanya.

Mohamad berkata malahan pembekal dan pemborong sentiasa memberikan pelbagai alasan untuk mempertahankan harga sedia ada, sedangkan harga barangan tersebut tidak boleh dijual kepada pengguna kerana terlalu mahal.

“Saya harap kerajaan dapat pantau isu ini sedalam-dalamnya kerana kita ada undang-undang, kerajaan jangan takut untuk bertindak,” tegasnya.

PENIAGA BERHEMAH

Sementara itu, Presiden Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (Desmma), Mohd Fazil Abdullah berkata tindakan peniaga yang menaikan harga barang di kalangan pengguna hanya akan merugikan golongan berkenaan.

Katanya golongan peniaga perlu berfikiran terbuka serta menerima teguran dan desakan orang ramai yang mahukan harga barang diturunkan mengikut pasaran minyak dunia.

“Sebagai seorang peniaga, mereka harus mempunyai prinsip dan berhemah dengan pengguna, jangan terlalu ikutkan perasaan untuk kaut untung dan sanggup berfikiran tidak rasional naikkan harga barang sesuka hati,” katanya.

Dalam nada kesal, Mohd Fazil berkata sikap peniaga yang terlalu memikirkan pendapatan dan sanggup berkompromi dengan pihak tertentu demi mengaut keuntungan lebih adalah bertentangan dengan amalan dalam perniagaan.

Beliau berpendapat kenyataan Ismail Sabri sebagai ‘amaran keras’ kepada peniaga yang bersikap degil kerana enggan menurunkan harga.

“Ini adalah pengajaran kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna. Kalau peniaga tidak bersatu hati bagaimana kita mahu perluaskan ekonomi kita ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] MKT UMNO mahu Parlimen bubar dalam masa terdekat, PRU15 tahun ini

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada malam Jumaat mencapai ketetapan untuk Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehlan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

[VIDEO] Muhyiddin tak pernah beri kata dua kepada PAS, kata pemimpin Bersatu

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin tidak pernah memberi sebarang kata dua kepada PAS sama ada perlu memilih Barisan Nasional (BN) atau Perikatan Nasional (PN) bagi...

[VIDEO] Wanita diculik ditemui mati dalam gaung

Lelaki berusia lingkungan 20-an dicekup susulan disyaki terlibat dalam kes culik seorang wanita yang ditemui mati dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, pada...

[VIDEO] Polis kesan dua lelaki lepas tembakan depan rumah

LUMUT - Polis sedang mengesan dua lelaki yang terlibat dalam kejadian melepaskan tembakan di hadapan sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Jumaat. Ketua Polis...

Polis nafi surat tular kes culik di Hulu Selangor

HULU SELANGOR – Polis menafikan dakwaan terdapat kes penculikan atau cubaan menculik di daerah itu sekali gus menegaskan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari...

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...