1MDB: Guna pinjaman Exim Bank ikut terma perjanjian – CEO - pakdin.my

1mdb-power-plant

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini mengesahkan hasil pinjaman AS$150 juta dari Export-Import Bank of Malaysia (Exim Bank) yang dimiliki Kementerian Kewangan digunakan mengikut perjanjian.

“1MDB mengesahkan hasil pinjaman itu digunakan mengikut terma perjanjian, iaitu untuk membiayai tujuan korporat am, termasuk, tetapi tidak terhad, untuk keperluan modal kerja, perbelanjaan modal hadapan dan penanaman ekuiti perniagaan tenaga dalam kumpulan syarikat 1MDB,” kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan, Arul Kanda Kandasamy dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ia merupakan fakta yang diketahui umum bahawa 1MDB Group termasuk Edra Energy, dengan portfolio 13 loji kuasa dan penyahgaraman di lima negara.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Guna pinjaman Exim Bank ikut terma perjanjian - CEO

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium