BANK DUNIA: 50 TERATAS EKONOMI DI DUNIA UNTUK TAHUN 2015 BERDASARKAN SAIZ KDNK DAN KESEIMBANGAN KUASA BELI (PURCHASING POWER PARITY – PPP) - pakdin.my

Malaysia pada kedudukan ke-26 ekonomi terbesar (daripada 187 negara didunia) dengan Int$815.700.000.000 manakala Singapura berada pada kedudukan ke-37 dengan Int$471.200.000.000.

Saiz ekonomi Malaysia adalah jelas lebih besar daripada saiz Singapura kerana kita 5 kali lebih besar dari segi saiz penduduk.

Jurang ini akan terus meningkat kerana Malaysia mendahului Singapura disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi yang lebih baik pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ialah nilai semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam negara pada tahun tertentu.

Negara disusun mengikut anggaran KDNK nominal daripada institusi kewangan dan statistik, yang dikira pada pasaran atau kadar pertukaran rasmi kerajaan (bank pusat

Data GDP dolar (INT$) yang diberikan di halaman ini diperolehi daripada keseimbangan kuasa beli (Purchasing Power Parity – PPP).

Perbandingan menggunakan PPP boleh dikatakan lebih berguna berbanding nominal apabila menilai pasaran domestik sesebuah negara kerana PPP mengambil kira kos relatif barangan tempatan, perkhidmatan dan kadar inflasi di negara tersebut, dan bukannya menggunakan kadar pertukaran pasaran antarabangsa yang mungkin memutarbelitkan perbezaan sebenar dalam pendapatan per kapita.

20161213-bank-dunia-gdp-ppp
—-
Senarai Penuh semua 187 negara di sini:
http://databank.worldbank.org/data/download/GDP_PPP.pdf

UTAMAEKONOMIBANK DUNIA: 50 TERATAS EKONOMI DI DUNIA UNTUK TAHUN 2015 BERDASARKAN SAIZ...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium