Saya Tak Mahu Menyerah Kalah – PM - pakdin.my

Sepanjang 41 tahun karier politik, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak pernah mencabar sesiapa untuk memperolehi kedudukan sekarang.

Menurut Perdana Menteri, beliau menapak dari satu tangga ke satu tangga serta hanya menawarkan diri apabila terdapat kekosongan.

“Alhamdulillah, resipi itu berjaya,” kata beliau semasa pelancaran Pameran Tahunan PKS (SMIDEX) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibukota hari ini.

Pada masa sama, anak perdana menteri kedua Malaysia itu mengakui selaku ketua negara, beliau berhadapan dengan tekanan yang tinggi.

“Saya jamin, kalau anda berpeluang menjadi perdana menteri, anda akan tahu.

“Anda akan sedar tentang ini dan anda harus belajar untuk menguruskannya,” katanya.

Sepanjang karier politiknya, Najib menjadi Ahli Parlimen pada usia 22 tahun, Timbalan Menteri pada usia 25 tahun Menteri Besar Pahang ketika berusia 29 tahun  serta perlbagai jawatan lain sebelum menjadi Perdana Menteri pada usia 56 tahun.

“Saya tak galakkan anda ikuti perjalanan ini, kerana banyak perkara di dalam hidup yang perlu dilepaskan kerana pada usia muda, saya sudah melalui macam-macam.

“Dan saya beritahu diri saya, saya perlu hadapinya. Saya tak mahu menyerah kalah,” kata Ahli Parlimen Pekan itu.

UTAMAPOLITIKSaya Tak Mahu Menyerah Kalah – PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium