Friday, October 11, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Najib senarai 5 ‘salah faham’ tentang ECRL. - pakdin.my

Saya berada di Pekan semasa sambutan Hari Raya Haji semalam. Ramai rakyat di sana kecewa apabila mengetahui projek ECRL dibatalkan kerana mereka sudah dapat melihat manfaat ekonomi untuk mereka daripada projek ini.

Bagaimanapun, saya juga lihat ada rakyat Malaysia yang tidak menyedari fakta sebenar projek ini dan dikelirukan oleh propaganda mengenai projek ini. Saya akan huraikan salah faham ini:

?Salah faham 1: Kosnya terlalu mahal dan BN mendapat imbuhan dari projek ini.

Ramai merasakan projek ini dengan kos RM55 bilion adalah melangkaui harga dan mahal, di mana kos sebenar dikatakan hanyalah RM30 bilion sebagaimana disebar Pakatan Harapan (HARAPAN) tanpa menjelaskan apakah perinciannya.

Sebenarnya, angka RM30 bilion itu adalah kajian dibuat pada 2009 dan hanya untuk jarak 545km sahaja. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 620km.

Jajarannya juga berubah untuk menjadi lebih efisien dan mengelak dari pengambilan terlalu banyak tanah rakyat dan rumah mereka dan ia turut memerlukan pembinaan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa.

Ia adalah fasa pertama projek ini dan telah menelan belanja RM46 bilion pada 2016 dan ia juga berikutan kesan daripada inflasi dan ringgit yang lemah.

Jika projek ini dibina tujuh tahun selepas ini, ia akan menelan belanja lebih tinggi. Contohnya, kos bagi projek PTMP Pulau Pinang melonjak daripada RM27 bilion kepada RM50 bilion.

Satu keputusan juga dibuat untuk menyambung jajaran daripada Gombak ke Pelabuhan Klang yang menjadikan keseluruhan landasan adalah 688km.

Jajaran landasan merentasi kawasan bandar yang padat adalah lebih tinggi namun sambungan ke Pelabuhan Klang itu akan membuka jambatan darat bagi pelabuhan dari Pantai Timur ke Pantai Barat semenanjung, yang akan turut menjadi saingan dan pilihan lebih baik daripada pelabuhan Singapura kerana tanpa rentasan ini, kapal memerlukan tambahan satu setengah hari untuk berlayar melalui Singapura.

Ia adalah fasa kedua dan melibatkan kos RM9 bilion, menjadikan keseluruhan projek ini RM55 bilion pada 2016.

?Salah faham 2: Kadar faedah dan pinjaman terlalu mahal.

Ini adalah tidak benar. Pinjaman 20 tahun daripada China adalah pada kadar 3.25 peratus dan dilindungi daripada risiko perubahan kadar tukaran matawang, tidak seperti yang berlaku kepada pinjaman dari Jepun yang dibuat Mahathir di mana Malaysia membayar berganda apabila nilai Yen naik. Terdapat juga tempoh tujuh tahun bagi permulaan pembayaran. Pada kadar 3.25 peratus, ia adalah lebih rendah daripada kos bon jika Malaysia melakukan pinjaman.

?Salah faham 3: Kita tidak mampu dengan tiga projek ini.

Jika kita menggunakan angka RM81 bilion yang diberikan oleh Guan Eng termasuk kos faedah serta tambahan RM9 bilion bagi dua projek paip gas, keseluruhan kos adalah RM90 bilion.

Pinjaman bagi ketiga-tiga projek ini adalah bagi tempoh 20 tahun dan tidak ada keperluan untuk membayar sekaligus. Maka, kita akan hanya membayar RM4.5 bilion bagi tempoh 20 tahun termasuk tiada keperluan membayar untuk 7 tahun pertama.

Bagaimanapun, Guan Eng pada masa sama turut menyatakan Malaysia akan kehilangan hasil RM23 bilion berikutan perubahan sistem cukai dari GST kepada SST.

Kehilangan hasil ini pasti akan bertambah berikutan peningkatan KDNK Malaysia dan kutipan SST yang turut sama meningkat dengannya.

Jika kita kekal dengan hasil RM23 bilion sahaja setahun sekalipun, Malaysia masih berupaya membayar pinjaman RM4.5 bilion setahun bagi tempoh 20 tahun.

?Salah faham 4: Pembayaran bertingkat adalah tidak adil serta berat sebelah.

Jika anda lihat kepada video bagi bahagian ECRL yang sudah siap dibina, anda akan dapat melihat sebahagian besar yang sudah dilaksanakan setakat ini bagi mewujudkan kawasan fabrikasi dan pusat operasi.

Ini adalah di mana kebanyakan kos dibelanjakan termasuk keperluan untuk membeli mesin pengorek terowong.

Sama seperti dua projek paip gas, kos permulaan dan rekabentuk bagi projek mega adalah tinggi manakala perletakan landasan dan paip adalah lebih mudah.

Kesemua tiga projek itu dianugerahkan kepada tiga syarikat milik kerajaan China di mana syarikat terbabit juga adalah antara syarikat terbesar di dunia. Pembayaran juga dibuat terus daripada Bank EXIM China.

Risikonya lebih rendah terhadap syarikat terbabit untuk tidak menyempurnakan projek ini atau sebarang pembayaran disalurkan ke tempat lain melainkan anda menuduh kerajaan China terlibat dengan pengubahan wang haram.

?Salah faham 5: Projek ini tidak berdaya maju kerana pulangan daripada kargo dan penumpang tidak mencukupi.

Bagi soalan ini, Datuk Seri Wee Ka Siong sudahpun memberi penjelasan dua hari lalu yang amat tepat dan saya petik semula apa yang dinyatakan beliau:

“Hasil kepada kerajaan dan negara daripada projek infrastruktur pengangkutan awam seperti ECRL bukan sahaja dikira dari pulangan terus daripada penumpang atau jumlah trafik barangan sahaja tetapi daripada faktor luaran dan limpahan ekonomi daripada projek berkenaan.

“Jika hanya dihitung daripada pulangan terus, maka tiada faedahnya untuk membina lebuhraya bebas tol seperti projek Lebuhraya Pan Borneo atau Lebuhraya Central Spine Road (CSR) memandangkan tiada pulangan terus darinya.

“Hakikatnya, peluang pekerjaan, peluang ekonomi diwujudkan; pelbagai industry akan berkembang dan nilai harga tanah akan turut meningkat di sekitar stesen keretapi.

“Kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri akan menerima manfaat daripada kutipan cukai yang meningkat daripada syarikat yang tumbuh hasil limpahan ekonomi selain daripada pelbagai pembangunan dan harga hartanah yang lebih tinggi.

“Kajian kebolehlaksanaan yang dibuat menunjukkan projek ECRL menyumbang 4.6 peratus kepada pertumbuhan domestik dan 80,000 peluang pekerjaan secara terus dan tidak langsung, terutama di negeri pantai timur dan akan meningkatkan taraf pendapatan di sana serta mengurangkan jurang pendapatan dengan penduduk pantai barat.

“Selain manfaat ekonomi, terdapat faedah lain seperti mengurangkan penghijrahan ke bandar seperti ke Kuala Lumpur yang turut mengakibatkan kesesakan; ia satu pengangkutan lebih selamat, selesa dan meningkatkan produktiviti mereka yang melakukan perjalanan ke kampung; dan mengurangkan pencemaran asap kereta.

“Berapa banyak nyawa telah terkorban daripada kemalangan jalanraya? Ini semua tidak boleh diukur oleh ekonomi dan kos.

“Manfaat ini adalah berkekalan dan bukan hanya untuk satu kali sahaja.

“ECRL sudahpun siap 20 peratus dan dengan pembatalan ini, ia bermakna tiada lagi pertumbuhan ekonomi, tiada peluang pekerjaan dapat diwujudkan, tiada limpahan ekonomi dan kesan gandaan yang bermanfaat hasil daripada projek ini.

“Negeri di pantai timur tidak akan dapat melihat kemajuan dan akan terus ketinggalan berbanding negeri di pantai barat.”

Bagi mendapatkan lebih maklumat bagi pulangan positif hasil daripada projek ECRL ini, anda boleh membaca laporan analisa berikut:
BACA sini: http://www.midf.com.my/images/Downloads/Research/EqStrategy/SpecialReports/ECRL-Report_MIDFR_180418.pdf

Saya tidak memberi komen terhadap kenyataan ‘Najib adalah bodoh’ atau tidak sebagaimana dikeluarkan Dr Mahathir di China.

Perjanjian projek-projek itu memang ada klausa penamatan (exit clauses). Ini bukan macam perjanjian-perjanjian konsesi IPP ataupun tol jalan raya dari zaman Dr Mahathir dulu di mana sehingga sekarang, kerajaan HARAPAN tidak dapat memenuhi janji untuk mansuhkan tol.

Lebih baik untuk kerajaan HARAPAB mendedahkan kesemua perjanjian, kajian kebolehlaksanaan dan kajian impak ekonomi serta analisa manfaat kos, bagi melihat adakah baik atau sebaliknya untuk Malaysia meneruskan ketiga-tiga projek ini atau membatalkannya. Ini membolehkan rakyat untuk menilai sendiri.

Saya juga menggesa kerajaan untuk menjalankan RCI terhadap ketiga-tiga projek ini bagi menentukan sama ada terdapat salah laku.

Rakyat berhak mengetahui jika keputusan membatalkan itu dibuat atas alasan yang munasabah serta kukuh dan tidak dibuat bersandarkan kepada kemarahan terhadap kerajaan BN atau terhadap kerajaan China yang tidak mahu tunduk dengan kemahuan HARAPAN.

Sehingga kesemua dokumen itu didedahkan, saya kecewa dan sedih bagi penduduk pantai timur semenanjung kerana akan kehilangan pembangunan pemangkin kemajuan negeri mereka dan peluang untuk mereka meningkatkan taraf ekonomi sama seperti yang diperolehi penduduk di pantai barat.

 

LIHAT video disini: https://youtu.be/N6KyHGJ-im0

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Ahli UMNO perlu manfaatkan media sosial – Azalina

Setiap ahli UMNO perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan media sosial sebagai medium berpolitik secara berkesan bagi meraih sokongan rakyat kepada parti.

[VIDEO] Muhyiddin tiada jumlah cukup jadi PM, 10 MP tandatangan dua SD – Ahmad Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah memiliki sokongan akuan bersumpah SD yang mencukupi untuk menjadi Perdana Menteri sejurus selepas pilihan raya umum ke-15 pada November 2022.

[VIDEO] Perhimpunan Agung UMNO 2024: Tambat hati generasi GenZ dan milennial yang menilai melalui media sosial

Semua jentera parti dan sayap pergerakan perlu mempunyai operasi elektronik khusus bagi mengurus kecanggihan genZ dan milenial.

[VIDEO] UMNO guna lambang dacing pada PRU16 – Ahmad Zahid

Saya bersetuju dengan pandangan rakan-rakan kepimpinan dan ahli-ahli di akar umbi bahawa dalam pilihan akan datang kita harus menggunakan, tetap menggunakan lambang dacing, lambang Barisan Nasional.

[VIDEO] Sidang Media Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena PAU 2024

Kita mempunyai pelbagai fokus pada kali ini untuk sayap-sayap mereka mempunyai agenda tersendiri bagi memperkukuhkan parti, ini terhasil daripada kemenangan daripada Nenggiri. Semangat membara semula.

[VIDEO] Banjir Chiang Mai makin buruk, gajah mati dihanyutkan air

Banjir teruk melanda Chiang Mai ketika air di Sungai Ping meningkat kepada rekod 5.3 meter semalam 5 Oktober 2024, manakala dua ekor gajah yang dihanyutkan dari sebuah taman perlindungan haiwan ditemui mati

[VIDEO] Pahang negeri ketiga isytihar amalan GISBH sesat, menyeleweng

Pahang merupakan negeri ketiga selepas Perlis dan Selangor mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang dikaitkan dengan kegiatan doktrin ketaasuban agama sebagai menyeleweng dan sesat.

[VIDEO] Tanah runtuh berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi 5 Oktober 2024.

Thailand akan menerapkan sistem tanpa tunai pada tahun 2028, mendahului ASEAN dalam penggunaan pembayaran masa nyata

Thailand bersedia untuk beralih kepada masyarakat tanpa tunai dengan lebih pantas berbanding rakan serantaunya, didorong oleh penerimaan dan transformasi digital negara yang pesat, seperti dalam tinjauan Visa.

‘Seolah-olah kami tidak wujud’: Di sebalik letupan bom di Lubnan, rakyat Amerika berasa dipinggirkan

Karam, seorang warganegara Amerika yang terkandas di Lubnan, berkata dia berasa seolah-olah dia tidak dipedulikan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Pheu Thai memenangi pilihan raya kecil Phitsanulok

Jadet Jantar dari Parti Pheu Thai teras gabungan memenangi pilihan raya kecil di kawasan 1 pada Ahad 15 September 2024, menewaskan satu-satunya lawannya, Nathachanon Chanaburanasak dari People Party.

[VIDEO] Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang di Jitra

Seorang penunggang motosikal cedera selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Alor Setar-Kangar, Ayer Hitam, dekat Jitra, Isnin 16 September 2024.

[VIDEO] Kerajaan tidak pernah wajibkan restoran, industri mohon sijil halal – Ahmad Zahid

KERAJAAN tidak pernah membuat keputusan untuk mewajibkan semua restoran di seluruh negara atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B), memohon sijil halal.

[VIDEO] Pearly-Thinaah rangkul kejuaraan Terbuka Hong Kong

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah akhirnya menamatkan kemarau penantian kejuaraan dua tahun selepas mendominasi perlawanan final Terbuka Hong Kong selepas menundukkan wakil China Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-14, 21-14, sebentar tadi.

[VIDEO] Pintu sempadan negara sesak, orang ramai ambil peluang cuti ke Thailand

Dua pintu sempadan negara di negeri Kedah mengalami kesesakan luar biasa berikutan peningkatan jumlah kenderaan dari negara ini yang hendak memasuki Thailand sempena cuti sekolah.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: