Suspek Salafi Jihadi meninggal dunia akibt kemalangan - pakdin.my

Seorang suspek yang dipercayai terlibat dalam penyebaran fahaman Salafi Jihadi meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 428.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Sungai Buloh, Jumaat lalu.

Menurut sumber, suspek yang merupakan warga Perancis, Mickael Alain Louvier meninggal dunia semalam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, jenazah dibawa pulang semalam oleh Pasukan Cawangan Khas untuk dikebumikan di Perlis.

“Jenazah tiba di Masjid Mahmudiah, Bukit Ketri, Perlis kira-kira pukul 9.15 malam untuk dikebumikan.

“Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga suspek turut hadir untuk mengebumikan jenazah di sana,” katanya memetik laporan media hari ini.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Pada Jumaat lalu, tujuh anggota polis cedera dengan tiga daripadanya parah apabila kenderaan dinaiki mereka bersama empat orang kena tahan (OKT) terbabas di Kilometer 428.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Sungai Buloh.

Kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu berlaku apabila van yang dinaiki mereka terbabas sendiri akibat hujan lebat.

UTAMABERITASuspek Salafi Jihadi meninggal dunia akibt kemalangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium