[Video] Tidak ramai orang ada keberanian membuat tindakan seperti itu di hadapan media antarabangsa - pakdin.my

Saya tidak pernah berjumpa mana-mana Perdana Menteri dalam kumpulan yang kurang dari 20 orang. Namun saya sentiasa bernasib baik dapat berjumpa bekas Perdana Menteri dalam kelompok kecil.

Pada 2004 saya berjumpa mantan Perdana Menteri Keempat, Tun Mahathir Mohamad dalam kelompok tiga orang sahaja. Saya bantu pasukan beliau sehinggalah 2009.

Kali kedua pada September 2018 saya berjumpa DS Najib Razak dalam kumpulan lima orang. Saya nyatakan kepada beliau dua perkara:

1. Dato Sri tidak perlu ulas dan pertahankan diri mengenai pertuduhan yang dibaca di Mahkamah kerana ia hanya memberi maklumat kepada Pendakwaraya mengenai strategi pembelaan.

2. Dato Sri akan masuk penjara walau sehari selagi Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Justeru saya sangat kagum dengan keberanian Najib Razak keluar dari wawancara al-Jazeera kerana wartawan tersebut secara berterusan mahu beliau mengulas kes yang telah di bawa ke mahkamah.

Tidak ramai orang ada keberanian membuat tindakan seperti itu di hadapan media antarabangsa.

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=_O1pYfDjJfA

AB JALIL BACKER

————————–

Dari Facebook Najib Razak

Sebentar tadi, Al-Jazeera telah menyiarkan temuramah yang dirakam serentak ketika isteri, anak dan anak tiri saya disoalsiasat oleh pihak polis semalam.

Biarpun wawancara ini melangkaui masa yang dipersetujui serta menyeberang skop yang dipersetujui, saya tetap menjawab soalan soalan tambahan yang diajukan.

Tetapi, individu yang mengendali wawancara itu juga adalah wartawan bertanggungjawab bagi satu program mengenai pembunuhan Altantuya, dan dia bertegas mahu menyoal soalan mengenainya, disebalik pelbagai penafian saya, disebalik kes pembunuhan itu sudah melalui prosiding mahkamah terperinci, malah dua minggu lalu, atas permintaan saya, pegawai saya telahpun membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat semula bagi membersihkan nama saya.

Walaupun saya sudah menjawab banyak soalan mengenai Altantuya dan 1MDB yang bukan pun di dalam skop yang dipersetujui, wartawan yang bernama Mary Ann ini tetap tidak mahu kembali kepada topik asal iaitu legasi saya dan ekonomi negara.

Malahan, dia terus menekan tentang isu Altantuya dan 1MDB yang sedang di dalam proses pengadilan di mahkamah dan mencelah semasa saya sedang menjawab serta berulang-kali untuk mengaitkan nama Jho Low kepada saya walaupun saya sudah jawab peranan Jho Low kepada dia dipermulaan wawancara ini.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghentikan temubual ini kerana tidak mengikuti apa yang telah dipersetujui dan ianya tidak adil kepada saya. Saya berpendirian tidak mahu mereka melanjutkan fitnah mengenai dua-dua isu itu terhadap saya, yang sudah berkali-kali dijawab dan terlalu banyak kali diberi penjelasan.

Saya diberitahu bahawa pihak Al-Jazeera sedang cuba untuk mengatur satu lagi wawancara dengan saya supaya matlamat asal dua-dua pihak akan dapat dicapai.

Wawancara disini: https://youtu.be/w0MjT7aeMeo

Facebook Najib Razak

—————-

https://pakdin.my/tag/altantuya

UTAMANAJIB RAZAK Tidak ramai orang ada keberanian membuat tindakan seperti itu di hadapan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium