[VIDEO] Ibu, anak maut lori terlibat kemalangan dengan kereta - pakdin.my

BAGAN SERAI: Seorang wanita dan anak lelakinya maut apabila lori mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Kedai 2, Tebok Rimba, Simpang Empat Semanggol di sini hari ini.

Pemandu lori, Shahren Ismail, 37, dan ibunya, Zainab Alias, 64, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di bahagian tempat duduk lori tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 7.30 malam.

Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah lori jenis Daihatsu yang dinaiki kedua-dua mangsa yang maut dengan sebuah kereta jenis Toyota Yaris.

“Impak daripada kemalangan tersebut, pemandu lori dan ibunya tersepit di bahagian tempat duduk lori. Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa.

“Kedua-dua mangsa iaitu ibu dan anaknya disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan manakala pemandu kereta Toyota Yaris mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff ketika dihubungi berkata, polis masih menjalankan siasatan berhubung punca kemalangan tersebut.

UTAMABERITA Ibu, anak maut lori terlibat kemalangan dengan kereta

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium