Teruja dengan OnePlus Two, telefon pintar yang terkini?
Syarikat itu telah mengumumkan bahawa OnePlus 2 akan dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 810, dan sekarang OnePlus juga mengumumkan bahawa ia akan menjadi telefon pintar pertama menggunakan port terkini USB Jenis-C.
Pengumuman itu dibuat di media sosial, mengatakan bahawa mereka “mahu menjadi peneraju dalam sambungan kuasa”.
USB Jenis-C adalah penyambung yang sangat kecil serta memiliki lebih kelajuan data dan output kuasa yang lebih tinggi berbanding dengan port USB tradisional.
Minggu lalu, OnePlus mengumumkan bahawa OnePlus 2 akan menggunakan Snapdragon pemproses 810 V2.1 yang telah dipertingkatkan didalam perkakasan dan perisian supaya ia tidak akan menjadi panas.
The OnePlus 2 dibina menjadi alat yang sangat menarik, bagaimanapun harga yang mungkin tidak berdaya saing seperti harga OnePlus One.
OnePlus juga mengumumkan kerana Snapdragon 810 adalah komponen yang lebih mahal hampir 60% lebih tinggi daripada 801, harga OnePlus 2 dijangka melebihi harga AS $ 322 (RM1,206)
Melihat kepada spesifikasi OnePlus 2 yang menggunakan Snapdragon 810, port USB Jenis-C, adalah dijangga penggemar telefon pintar tidak akan keberatan membayar harga yang lebih.