32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

Apa Yang Akan Kita Lakukan Sekiranya Kita Mahathir?

Foto ini adalah dari taklimat CIMB semalam berkaitan Pilihanraya Umum 14 (PRU14) kepada para pelanggan mereka yang menyatakan bahawa peluang Pakatan adalah diantara tipis dan sifar. ?

Jika kita adalah Mahathir dan kita dan anak-anak kita mempunyai berbilion-bilion harta kekayaan luar biasa, ada beberapa kes yang kukuh untuk disiasat.

Kita tahu legasi dan anak-anak kita tidak akan dilindungi apabila kalah. Kita tahu atas faktor usia, PRU14 ini adalah ledakan terakhir kita untuk menjatuhkan Najib tetapi kita telah gagal berulang kali dan kali hampir pasti kita akan gagal lagi.

APAKAH YANG AKAN KITA LAKUKAN SEKIRANYA KITA ADALAH MAHATHIR?

*******
Harakah: Dr M mungkin kembali ke Umno sebelum PRU14

“Rancangan terakhir Mahathir mungkin berunding kembali dengan Umno,” tulis Alang Ibn Shukrimun dalam artikel bertajuk “Berfikir gaya Mahathir”.

“Jika parti itu dapat tawarkan kedudukan yang baik untuk anaknya Mukhriz di jawatan tertinggi kerajaan, itu sudah cukup daripada terus lenyap dalam pertarungan politik sekarang.

“Jawatan Timbalan Perdana Menteri 2 pun sudah memadai. Tapi kalau terdesak, cukup untuk minta segala kes beliau yang dalam siasatan dilupuskan,” katanya.

Bagi Alang, Dr Mahathir tidak mungkin akan bersama parti yang berisiko untuk kalah pada pilihan raya umum akan datang.

“Beliau tidak mahu karier politiknya berakhir dengan cara yang memalukan. Bersama PAS, tak mungkin dapat jadi pemimpin. Justeru lebih baik beliau kembali kepada Umno sahaja,” katanya.

Penulis juga percaya bahawa Umno akan tertarik dengan tawaran Dr Mahathir.

Tindakan seperti itu, katanya, akan memberi peluang kepada Umno untuk melenyapkan Pakatan Harapan, yang “telah mengangkat Mahathir terlalu tinggi, lebih tinggi daripada (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim, (Presiden AMANAH) Mat Sabu dan (Pemimpin Veteran DAP) Lim Kit Siang sendiri.”

Alang berkata, jika Dr Mahathir kembali kepada Umno, sukar untuk parti-parti berkenaan menjawab kepada penyokong HARAPAN yang sudah menjadi peminat fanatik Dr Mahathir.

“Tidak mustahil sebelum pilihan raya, Mahathir buat tindakan pelik menyertai Umno kembali.

“Bermain dengan Mahathir, kita mesti berfikir jauh kedepan. Tak boleh fikir selapis sahaja. Beliau sangat licik dan penuh helah,” katanya.

Terdahulu, Alang menulis tentang bagaimana dia akan dilabel “gila dan naif” jika mengatakan sepuluh atau dua puluh tahun lalu, bahawa Dr Mahathir akan bersama-sama dengan DAP dan Lim Kit Siang atau Anwar.

Beliau juga menceritakan bagaimana Dr Mahathir pernah meninggalkan Umno dan menyertai parti itu semula dan kemudian keluar sekali lagi.

Menegaskan bahawa bekas perdana menteri itu sangat licik berpolitik dan setakat sejarah Malaysia, belum ada ahli politik yang boleh mengalahkan Dr Mahathir, katanya pemimpin berusia 92 tahun itu juga berjaya memperbodohkan pemimpin pembangkang.

“Pemimpin yang dulunya bermati-matian melawan beliau sampai meringkuk di penjara, lebam biji mata dan tempang dibalun FRU kini boleh mencium kaki beliau.

“Segala kesalahannya sepanjang memerintah sudah dibersihkan tanpa perlu membayar balik ganti ruginya.

“Kemuncak kehebatan beliau memperbodohkan penentangnya dahulu adalah, beliau diterima untuk menjadi PM semula selepas ini.

“Namun perkiraannya silap. Disangkakan penglibatannya dalam HARAPAN boleh melemahkan sokongan kepada BN. Rupanya makin memperkuatkan BN pula.

“Kalangan sosialis seperti PSM menolak beliau sehingga sanggup melawan HARAPAN dalam PRU nanti. Non-muslim pula semakin meninggalkan DAP kerana bersekongkol dengan Mahathir, selain isu-isu kegagalan pentadbiran dan salah laku pemimpinnya. MCA pula yang semakin pulih.

“PAS masih tegas dengan Gagasan Sejahtera. Tidak mahu tertipu dengan rancangan Mahathir, selain tidak mahu berkompromi dengan kepentingan Islam,” kata Alang.


Rujukan:
https://malaysiakini.com/news/407665

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...