Bersemburit: Menjaga Aib Secara Pilih Kasih? - pakdin.my

1. Sebenarnya sesiapa sahaja yang mendedahkan video skandal seks songsang pemimpin kanan negara harus diberi ucapan tahniah dan terima kasih.

2. Mereka telah menjalankan tanggungjawab agama dan negara untuk mencegah orang yang tidak layak dari terus menjadi pemimpin umat Islam di negara ini.

3. Dalam negara demokrasi ini sahaia jalan mencegah muslim yang melakukan dosa besar dari menjadi pemimpin negara.

4. Ada pertanyaan untuk para ulama yang mahukan hukuman Qazaf ke atas mereka yang mendedahkan dosa besar pemimpin, “apakah seorang yang melihat perbuatan jahat seorang pemimpin harus mendiamkan diri dan menyembunyikan kebenaran dan membiarkan orang tersebut terus menjadi pemimpin?”

5. Apakah mereka faham risiko kepada kerajaan dan agama Islam jika pemimpin seperti ini kekal berada dalam penggubalan polisi dan terdedah kepada peras ugut musuh Islam?

6. Berbalik kepada saranan jangan membuka aib saudara seislam. Saya bersetuju jika individu terbabit insan biasa. Namun apabila ia membabitkan kepentingan maslahah lebih besar iaitu agama dan negara, maka kepentingan kedua-dua ini lebih perlu diutamakan.

7. Saya juga ingin bertanya kepada para ilmuan Islam yang marah dengan pendedahan video ini sebagai membuka aib.

8. Mengapa hanya membuat saranan ini apabila membabitkan pimpinan kanan kerajaan?

9. Di mana mereka apabila para pegawai penguatkuasa agama Islam membuat serbuan maksiat bersama media massa? Apakah ini bukan membuka aib?

10. Serbuan kes maksiat, perbicaraan khalwat, bersekedudukan dan pertikaian penceraian membabitkan hal dalam rumah tangga dilaporkan secara terbuka oleh media. Apakah ini bukan membuka aib?

11. Malah ada kes pihak berkuasa agama merakamkan serbuan pencegahan maksiat sebagai bukti di mahkamah. Ada kalanya tersebar pula rakaman tersebut.

12. Mengapa tiada larangan menutup aib sebegini? Mengapa operasi mencegah kemungkaran ini dibenarkan liputan media? Apakah ia tidak mengaibkan?

13. Bukankah aib rakyat biasa yang lebih wajar ditutup seperti mana contoh peristiwa dalam pemerintahan Saidina Umar al Khattab?

14. Dalam kes video seks songsang pemimpin ini jelas ada ulama menggunakan saranan menutup aib ini secara pilih kasih.

Oleh Ab Jalil Backer.

https://pakdin.my/tag/bersemburit

UTAMAPOLITIKBersemburit: Menjaga Aib Secara Pilih Kasih?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium