26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 1, 2020

#BERSIH4: Persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan terjejas

bersih-tidor-atas-jalan

Persiapan akhir sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka terjejas kerana laluan masuk dihalang oleh peserta perhimpunan Bersih 4 yang berkumpul memenuhi kawasan sekitar lokasi itu.

Pengerusi Jawatankuasa Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2015, Datuk Seri Othman Mahmood berkata persiapan untuk acara Hari Kebangsaan yang akan disambut esok itu tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

“Setakat pagi ini, saya dan beberapa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri hanya dapat menyempurnakan persiapan sambutan sebanyak 50 peratus sahaja.

“Banyak peralatan dan barangan keperluan tidak dapat dibawa masuk ke Dataran Merdeka dan kami hanya mempunyai kurang daripada 17 jam untuk menyempurnakan persiapan itu,” katanya ketika ditemui oleh pemberita di Dataran Merdeka, Ahad.

Othman meminta agar pihak penganjur perhimpunan Bersih 4 memberikan kerjasama dengan menghentikan perhimpunan lebih awal agar mereka dapat menyelesaikan persiapan sambutan hari bersejarah negara itu.

“Saya seru kepada semua peserta perhimpunan Bersih untuk memberi kerjasama kerana sambutan Hari Kebangsaan ini untuk semua rakyat Malaysia, kita mahu menyambut Hari Kebangsaan tersebut dengan penuh semangat patriotisme,” tegasnya.

Othman berkata sikap peserta himpunan itu tidak menggambarkan perpaduan yang diseru selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan #SehatiSejiwa yang menggambarkan keutuhan, persefahaman, kebersamaan dan kemanusiaan semua rakyat di negara ini.

Kira-kira 10,000 wakil dari agensi kerajaan dan swasta, pasukan keselamatan serta pelajar akan mengambil bahagian dalam perarakan bersempena sambutan itu esok.

Berita Berkaitan

Anwar janji lepas jawatan jika gagal tumbangkan PN, kata Pemuda PAN Bukit Bintang

Ketua Pemuda PAN Bukit Bintang, Sheikh Khuzaifah Bawazeer mendakwa Anwar Ibrahim berjanji akan melepaskan...

PAS Selangor belum bincang agihan kerusi, nafi tanding 3 Parlimen

PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon...

Tun Mahathir kempen Kerajaan Perpaduan lagi

Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir...

Agong guna ‘soft power’ selamatkan negara dari ahli politik kata peguam

Kejayaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengemudi negara ketika kerajaan...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...