Home / :: BLOG :: / Cerita 36 inisiatif ‘ciplak’ rejim PH untuk tutup kemaluan Guan Eng

Cerita 36 inisiatif ‘ciplak’ rejim PH untuk tutup kemaluan Guan Eng

Kalut Geng Pakatan Harapan hendak pertahankan Lim Guan Eng sampai keluarkan cerita “36 INISIATIF KERAJAAN PAKATAN HARAPAN SEJAK 7 BULAN MENERAJUI NEGARA”

Saya ulas 10 dulu

1. Rebat Bil Elektrik RM40 setiap bulan bagi keluarga Miskin & Miskin Tegar berdaftar & disahkan dalam Sistem e-Kasih.

Ulasan:
Zaman BN pun ada RM20. Kamu tambah rebat lagi RM20, tapi kamu tarik BR1M yang bagi tunai kepada rakyat miskin.

2. Harga Runcit Bahan Bakar lebih rendah bermula Januari 2019.

Ulasan:
Harga runcit bahan bakar murah bukan inisiatif PH tapi sistem lama BN dan inisiatif harga minyak dunia. Tak malu ker mengaku?

3. Peruntukan Khas (RM77 juta) Kementerian Kewangan kepada Peneroka FELDA bagi tahun 2018.

Ulasan: Pada 2017, BN bagi peruntukan RM519 juta untuk pelupusan hutang peneroka felda.
(Ref: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07/304876/berita-gembira-buat-peneroka)

4. Geran Sepadan RM500 melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional.

Ulasan:
Geran Sepadan RM500 ini dibuat pada zaman BN (Ref :https://simpanan.my/simpanan-pendidikan/soalan-lazim-sspn1m/)

5. Bayaran Bantuan Awal Persekolahan RM100 bagi setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi keluarga berpendapatan dibawah RM3,000 sebulan

Ulasan:
Ini pun program yang dilaksanakan oleh BN
(REF: http://kini.my/bantuan-awal-persekolahan-2018/)

6. Penetapan semula harga Minimum Getah Sekerap pada kadar RM2.50/kg berbanding sebelumnya RM2.20/kg bermula tahun depan (naik 30 sen/kg) –

Ulasan:
Ini tindakan PH walaupun ia hanya dilaksanakan selepas diasak oleh BN di Parlimen.(https://www.projekmm.com/news/berita/2018/10/30/harga-getah-jatuh-penoreh-ikat-perut-tampung-kos-hidup/1688100)

Tapi kenaikan ini sangat memalukan berbanding janji Pakatan Harapan untuk menaikkan kepada RM4
(RUJ – http://www.keadilandaily.com/tetapkan-harga-lantai-getah-elak-pekebun-terjejas/)

7. Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 (dibayar 2 kali pada Disember 2018 & Januari 2019) pada Pekebun Kecil RISDA

Ulasan:
ini sudah dilaksanakan oleh BN (Lihat:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/01/373969/ramai-pekebun-kecil-dan-penoreh-tak-mohon-bantuan)

8. Bayaran Bantuan Sara Hidup dan lebih bersasar kepada kumpulan B40 dipercepatkan ke Januari, 2019.

Ulasan:
Inisiatif BR1M oleh kerajaan BN lebih menyeluruh dan tinggi.

9. Sebanyak RM98 juta daripada keseluruhan cadangan peruntukan kepada Kementerian Pertahanan akan disalurkan untuk kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia. Penambahan RM20 juta dari tahun sebelumnya.

10. Bantuan kewangan kepada persatuan bekas tentera sebanyak RM500,000 yang akan diagihkan kepada 140 persatuan bekas tentera.

Ulasan:
Pada 2017 kerajaan BN umumkan Bantuan Bakti Negara (BBN) iaitu bayaran RM1,200 kepada 77,000 veteran ATM yang tidak berpencen. Ini membabitkan kos RM92.4 juta.
(Rujukan- http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-tidak-lupa-veteran-atm-sudah-umum-insentif-sebelum-bajet-2018-1.544517#ixzz5e5ANKYhq)

Oleh: Ab Jalil Backer

…….
http://pakdin.my/tag/lim-guan-eng

(Visited 1,083 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

One comment

  1. Mohsir Aman

    Apek itu luka dahi melayu mana ludah.
    Itu baru ludah tau.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Loading...