Dilema penjawat awam dibawah rejim Pakatan Harapan - pakdin.my

#SemuaSalahPenjawatAwam

Minggu lepas sempat dinner reunion dengan kawan-kawan batch penjawat awam yang sama.

Masing-masing bercerita hal kenangan masa training, hal family dan paling hangat adalah mengenai pengalaman bersama kerajaan ‘baru’ di kementerian masing-masing.

Walaupun di kementerian yang berbeza, namun pola penceritaan mereka hampir sama;

1. Menteri/Timb. Menteri banyak bertanya “kalau ‘menteri’ yang dulu, macam mana mereka buat ye?”

2. “Tetamu menteri/timb menteri” yang datang berlagak macam bos besar, minta projek tegak-tegak dengan menteri dan siap arahkan penjawat awam untuk luluskan sahaja sebab mereka dari parti politik yang sama dengan menteri. Mereka anggap, ini apa yang berlaku sewaktu ‘kerajaan lama’ dahulu.

3. Pegawai pejabat menteri/timb menteri selalu anggap penjawat awam berniat hendak sabotaj atau susahkan mereka kerana permintaan mereka tidak dipenuhi. Cth; tiada kelulusan SPM, tetapi minta gaji JUSA, claim TNT program parti politik, minta pemandu dan kenderaan jabatan untuk kegunaan peribadi walaupun gred tidak layak, hendak lantik sampai berpuluh pegawai lantikan politik dan minta disangkut kepada agensi, bahagian walaupun tiada kekosongan.

4. Menteri/Timb Menteri minta kajian pelaksanaan mengenai dasar/polisi yang hendak dilaksanakan tetapi setelah dikaji dan didapati tidak bersesuaian, menteri/timb menteri menuduh penjawat awam tidak mahu melaksanakan dasar/polisi mereka.

5. Penjawat awam telah berulang kali menerangkan sesuatu dasar/polisi dan isu kepada Menteri/Timb Menteri, tetapi kerapkali disalahtafsir/ salah faham/ tidak faham dan mengumumkan perkara yang salah dan akhirnya penjawat awam yang salah.

6. Menteri/Timb Menteri kerap kali lewat hadir program/mesyuarat atau meminta pegawai politik (yang tidak berkelayakan) untuk gantikannya dan akhirnya mengakibatkan keputusan yang tidak tepat diambil.

7. Menteri/ Timb Menteri daripada parti PPBM, PKR & PAN gemar melakukan ‘lawatan’ sana-sini, tetapi Menteri/ Timb Menteri daripada parti DAP ambil masa untuk belajar selok-belok kementerian, perhalusi satu-persatu dasar/polisi kementerian, kerap berbincang tentang hala tuju kementerian dan bagaimana untuk mengubah beberapa dasar/polisi ‘mesra bumiputera’.

Nak kata penjawat awam masih sokong kerajaan lama? Atau menteri sekarang tidak pandai?

https://pakdin.my/tag/penjawat-awam

https://www.facebook.com/100000506539156/posts/2464061190287408/

UTAMAPOLITIKDilema penjawat awam dibawah rejim Pakatan Harapan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium